Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.ni] | بيني

Definisi : (kurang halus) isteri: ~nya yg pertama telah meninggal; ~ aji sl gundik raja; ~ gahara sl isteri yg sah; ~ gelap = ~ simpan gundik (perempuan yg tidak dikahwini); ~ muda isteri kedua (ketiga, keempat); hilang ~ boleh dicari, hilang budi badan celaka prb akal itu hendaklah dipelihara, kerana jikalau akal hilang dapat membawa kebinasaan; bini-bini Br perempuan, wanita; bini-binian 1. suka berkahwin (bkn orang laki-laki), kerap kali berkahwin; 2. bini yg tidak sah, gundik; orang ~, beranak tak boleh disuruh prb pekerjaan yg tidak tetap selalu mendatangkan rugi; berbini mempunyai bini, sudah berkahwin (bkn laki-laki): sedangkan orang yg tiada berpekerjaan lagi ~, inikan pula engkau yg berpendapatan besar; apa sakit ~ janda, anak tiri boleh disuruh = elok ~ orang tua, perut kenyang pengajar dapat prb orang yg berkahwin dgn janda (perempuan tua) selalu manja pd isterinya (cemuh kpd orang berbini tua); berbinikan berkahwin dgn (bagi laki-laki); membinikan bersetubuh dgn: maksud cicak jantan tercapai, ~ cicak yg dikejarnya itu; memperbini menjadikan bini, mengahwini: saja akan diperbininya juga puteri itu oleh Patih Gajah Mada; memperbinikan mengahwinkan: anak laki-lakinya itu hendak diperbinikannya dgn anak orang kaya; pebinian Br isteri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.ni] | بيني

Definisi : (kurang halus) perempuan yg dinikahi; perempuan yg menjadi pasangan hidup yg sah kpd seorang lelaki: ~nya baru saja meninggal. berbini (sudah) ada bininya; (sudah) bernikah (bagi orang lelaki saja): Dia masih belum mahu ~ lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bini

Puisi
 

Terang bulan terang gemerlang,
     Hantu berjalan laki bini;
Jikalau tuan bersikap garang,
     Adik tak lama diam di sini.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Orang bini-binian,
     beranak tak boleh disuruh.

Bermaksud :

Pekerjaan yang tidak tetap, selalu mendatangkan kerugian. (Peribahasa lain yang sama makna: Orang pindah-pindahan, bertanam tak boleh dimakan).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Parsi(Beta)

B.MelayuB.InggerisB.ParsiSebutan
isteri , biniwifeهمسر [زن]hamsar [zan]
meramalforecastپيشبينیpīsh bīnī
hidungnoseدماغ،بينىdamāgh , bīnī

Kembali ke atas