[ca.bul] | چابول
Definisi : 1. keji dan kotor, tidak sopan, tidak senonoh, melanggar kesusilaan (bkn perbuatan, tindakan, pertuturan, dll): kata-kata ~; gambar ~; sastera ~; 2. melanggar adat dan kebiasaan (bkn kelakuan dsb), (sangat) buruk: apa sahaja yg dibuatnya ~ belaka; 3. melanggar larangan (pantang); ~ di hutan (laut) mengeluarkan perkataan-perkataan yg memarahkan hantu-hantu hutan (laut); perempuan ~ perempuan jalang, perempuan sundal, pelacur; bercabul 1. berbuat cabul; 2. berjangkit dan merebak (bkn penyakit), bermaharajalela (bkn kejahatan, peperangan, dsb): ahli-ahli siasah yg bijak telah tidak berjaya mencegah supaya peperangan jangan ~; mencabul, mencabuli 1. menodai, mencemari (kehormatan perempuan dll): maka dicurinya hartanya dan isteri saudagar itu pun dicabulinya; ~ kehormatan (seseorang gadis) menodai atau merosakkan kesucian (seseorang gadis); 2. memperkosa atau melanggar (kedaulatan, hak, dsb): tujuan NATO ditubuhkan ialah utk mempertahankan negeri-negeri utara dan barat Eropah drpd dicabuli oleh Soviet; kecabulan perihal cabul; pencabulan perihal (perbuatan dsb) mencabul(i) (kehormatan perempuan, kedaulatan negara, dll): langkah-langkah utk menghalang sebarang ~ ruang angkasa Pakistan oleh rejim Afghanistan; pencabul orang (pihak) yg mencabul(i) hak, kehormatan, dsb orang (pihak) lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ca.bul] | چابول
Definisi : orang yg terlalu pendek; ®cebol. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ca.bul] | چابول
Definisi : 1 keji lagi kotor; tidak senonoh; tidak sopan (ttg kata-kata yg dituturkan): kata-kata yg ~. 2 melanggar adat kebiasaan (ttg kelakuan); buruk lagi tidak sopan: Tentera-tentera Israel telah melakukan perkara yg ~ kpd orang-orang tawanan mereka. mencabul 1 merosakkan kehormatan orang perempuan; memperkosa; menodai. 2 melanggar hak orang lain (kedaulatan negara orang dsb). pencabulan perbuatan atau hal mencabul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)