[ca.ra] | چارا
Definisi : 1 peraturan membuat sesuatu: Bagaimanakah ~ membuat kuih itu? 2 gaya atau kaedah (spt bentuk, fesyen dll): Bahasa yg digunakan dlm karangannya mengikut ~ bahasa Melayu lama. 3 sesuatu peraturan yg lazim diikut; adat resam; adat kebiasaan: Beliau gemar sekali makan masakan ~ Melayu. cara-cara 1 berbagai-bagai cara; bermacam-macam cara. 2 pelbagai peraturan atau contoh. 3 upacara. secara 1 dgn cara: Pegawai itu telah menerangkan akta tsb kpd kami ~ ringkas sahaja. 2 selaku; sebagai: Semuanya dilakukan ~ bermain-main. 3 menurut (adat): Perkahwinannya dilakukan ~ adat Melayu. ~ langsung a. dgn cara terus atau tidak dgn perantaraan. b. tidak menyimpang atau tidak menyeleweng. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)