Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gon.cang] | ݢونچڠ

Definisi : 1. bergoyang dgn keras atau kencang, bergegar: pondok kecil itu ~ kerana ditiup angin kencang; dgn ~ kaki a) dgn berayun kaki; b) ki dgn mudah sahaja; 2. ki mudah berubah-ubah (pendirian dll), menjadi tidak aman (tetap, tenang, dll): hatinya ~ ketika mendengar berita bkn kematian kawannya; menggoncang, menggoncangkan 1. menggoyang(kan) dgn keras, menggerak-gerakkan hingga bergoncang; ~ botol mengocok botol; ~ loceng membunyikan (menggoyangkan) loceng; 2. ki menyebabkan tidak tenang (tetap dll): kenaikan cukai itu tidak ~ pasaran saham; 3. ki memeranjatkan, mengejutkan: pembunuhan Presiden Kennedy telah ~ dunia; ~ kepala menggelengkan kepala; ~ tangan menggerak-gerakkan tangan ketika berjabat tangan; tergoncang tergoyang (tergerak) keras atau cepat-cepat, tergegar;goncangan gerakan (goyangan) yg keras, gegaran;kegoncangan keadaan tidak tenteram (tidak aman dll);penggoncang 1. orang yg menggoncang; 2. bekas (alat) utk menggoncang sesuatu: ~ koktel. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gon.cang] | ݢونچڠ

Definisi : ; bergoncang 1 bergerak-gerak dgn kencang; bergoyang turun naik atau ke tengah ke tepi dgn cepat: Apabila angin bertiup kencang, rumah kecil itu ~. 2 ki menjadi tidak tetap hati atau fikiran; berubah-ubah fikiran dll: Imannya hampir ~ oleh hasutan iblis. menggoncangkan 1 menjadikan sesuatu bergerak-gerak dgn kencang; menjadikan bergoyang; menggoyangkan: ~ loceng. 2 ki menyebabkan menjadi tidak tetap atau tidak aman: Pemberontakan itu ~ keamanan negara. goncangan gerakan (sesuatu) yg kencang; goyangan turun naik atau ke tengah ke tepi dgn cepat: Haiwan spt kera dan babi hutan dpt dihalau dgn paluan gendang atau dgn ~ tin-tin kosong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata goncang


Kamus Parsi(Beta)

B.MelayuB.InggerisB.ParsiSebutan
goncang , goyangto shakeتکاندادنtekān dādan

Kembali ke atas