Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[go.réng] | ݢوريڠ

Definisi : (goréng) 1. yg dipanggang (dipanaskan) dlm kuali kering, yg dimasak dgn minyak: kacang ~; mi ~; nasi ~; pisang ~; minyak ~ = minyak penggoreng minyak utk menggoreng; 2. bp kecekapan memetik gitar mengikut tempo rancak; menggoreng 1. memasak dgn minyak: ~ikan; ~ pisang; 2. memasak (beras, tepung, dsb) dlm kuali dgn tidak menggunakan minyak, merendang; 3. bp memperolok-olokkan, memborak; menggorengkan menggoreng utk: “Emak, gorengkan saya sebiji telur”; gorengan sesuatu yg digoreng; penggorengan bekas (spt kuali dll) tempat menggoreng: kutekan ikan itu pd ~ supaya lekas masak;penggoreng 1. orang yg menggoreng: ~ mi; 2. alat yg digunakan utk menggoreng: kuali ~ ikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[go.réng] | ݢوريڠ

Definisi : ; menggoreng memasak dlm kuali yg dibubuhi minyak atau tidak: ~ ikan. gorengan apa-apa yg digoreng; hasil drpd menggoreng. penggorengan 1 bekas tempat menggoreng. 2 perbuatan atau hal menggoreng. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata goreng

Puisi
 

Masak taugeh goreng lada,
     Lada ditumbuk lada putih;
Tuan menagih pada yang ada,
     Saya merajuk pada yang kasih.


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Parsi(Beta)

B.MelayuB.InggerisB.ParsiSebutan
telur gorengfried eggنيمروnīm

Kembali ke atas