Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[he.lang] | هلڠ

Definisi : sj burung liar yg biasanya menyambar ayam; ~ belalang, Microhierax fringillarus; ~ hindik, Spizaetus cirrhatus; ~ laut = ~ siput sj burung helang, Heliaeetus leucogaster; ~ malam sj burung helang, Machaerhampus alcinus; ~ merah, Haliastur indus; ~ sewah sj burung helang, Accipiter gularis; ~ terbang mengawan, agas hendak meng­awan juga prb orang miskin mahu meniru kelakuan orang kaya; kalau tak ada ~ belalang menjadi ~ prb kalau orang pandai tidak ada, orang bodoh mengaku dirinya pandai; spt ~ menyongsong angin prb gagah dan berani apabila menentang musuh; cerdik ~ bingung si kikih, lamun murai terkecoh jua prb biarpun cerdik atau bodohnya orang besar-besar, orang yg rendah jua yg terpedaya (menanggung rugi); sepantun ~ dgn ayam, lambat laun disambar juga prb jika ber­hampiran sesuatu yg berlawanan itu akhirnya terjadi juga sesuatu yg tidak baik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[he.lang] | هلڠ

Definisi : beberapa jenis burung buas yg suka menyambar ayam, Aquila spp.; Harpia spp. dll: ~ belalang; ~ laut (siput); ~ sawah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata helang

Puisi
 

Helang laut helang jambangan,
     Helang di darat mematuk padi;
Kalau diikut mata timbangan,
     Sama berat baru menjadi.


Lihat selanjutnya...(42)

Kamus Parsi(Beta)

B.MelayuB.InggerisB.ParsiSebutan
helang , rajawalieagleعقابʻoghāb
helanghawk , eagleباز،شاهينbāz , shāhīn

Kembali ke atas