[me.li.pat] | مليڤت
Definisi : 1. mematahkan supaya berkembar (bertangkup, berangkap): dilipatnya suratkhabar itu dan kemudian diletakkannya ke atas meja; 2. ki mengalahkan musuh (lawan), memberkas (menangkap) penjahat: samseng itu telah dilipat oleh polis; 3. ki melakukan pecah amanah (menggelapkan wang dll), tidak menurut perintah; ~ wang menggelapkan wang; 4. ki menjual sesuatu kerana kesempitan hidup; 5. menjadi berganda-ganda atau berlebih-lebih (harga barang dll): harga barang import membumbung ~ dua atau tiga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.li.pat] | مليڤت
Definisi : membuat sesuatu supaya jadi berlipat: Dia ~ kain yg sudah dibasuh lalu disimpan di dlm almari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)