Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.con.to.hi] | منچونتوهي

Definisi : 1. membuat sesuatu dgn meng­ikut contoh, mengambil contoh, meniru, meneladani: guru hendaklah dr mula menunjukkan tabiat yg baik supaya dapat dicontohi oleh kanak-kanak; kita umat Islam harus ~ keperibadian dan sifat-sifat Nabi Muhammad SAW; 2. ark memberi contoh kpd; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.con.to.hi] | منچونتوهي

Definisi : memberi contoh kpd; menunjukkan contoh kpd: Ibu bapa patut ~ anak-anak mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencontohi

Peribahasa

Guru kencing berdiri,
     murid kencing berlari.

Bermaksud :

Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian).

 

Lihat selanjutnya...(4)