Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. belum masak (buah-buahan dll), masih muda; 2. tidak masak betul (barang yg dimasak): nasi yg dimasaknya ~; 3. belum dimasak atau direbus (barang makanan), tidak dimasak: rojak biasanya dibuat drpd sayur-sayuran ~; 4. belum sempurna atau mendapat keputusan (mesyuarat, perundingan, dll); 5. belum diolah atau dikerjakan (bahan galian dll), belum diproses (utk dijadikan barang yg lebih sempurna dsb): ekonomi negeri kita ber-gantung pd pengeluaran dan bahan ~, getah dan bijih timah; eksport petroleum ~ juga meningkat 1%; 6. belum sempurna (akal, fikiran, dll), masih belum dewasa atau matang: anak-anak muda yg masih ~ ini akan ter-korban oleh adat masyarakat; mentah-mentah 1. tidak dimasak atau di­rebus (barang-barang makanan dll): keba-nyakan makanan kita tidak dimakan ~, tetapi dimasak terlebih dahulu; 2. tidak dgn berhasrat apa-apa, dgn begitu sahaja, bulat­bulat: Tijah menolak ~ lamaran seorang anak muda yg berkedudukan baik; kementahan perihal mentah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 belum dimasak atau belum direbus (bkn barang makanan): daging ~; sayur ~. 2 tidak masak betul (bkn barang yg dimasak): Nasi ini ~. 3 masih muda (bkn buah-buahan); belum masak. 4 belum sempurna akal; belum dewasa: Budak itu masih ~ lagi. 5 belum dikerjakan; belum diolah lagi: Bahan-bahan ~, spt getah dan bijih timah dieksport ke luar negara. 6 belum mendapat keputusan (bkn mesyuarat, rundingan dll); belum selesai. mentah-mentah 1 tidak dimasak atau tidak direbus sama sekali (bkn barang makanan): Daun salad biasanya dimakan ~. 2 tidak dgn apa-apa syarat; begitu saja: Cadangannya ditolak ~ oleh jawatankuasa itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mentah (adjektif)
1. Bersinonim dengan belum masak: basah, segar, baru liat, keras,
Berantonim dengan masak

2. Bersinonim dengan belum diproses: belum diolah, belum ditapis, semula jadi,

3. Bersinonim dengan belum dewasa: belum matang, masih muda, masih remaja, belum sempurna akal, hijau,
Berantonim dengan matang

Kata Terbitan : mentah-mentah,

Puisi
 

Bismillah mengepal nasi,
     Nasi mentah dikepal jangan;
Bismillah memulakan nyanyi,
     Nyanyi salah dikeji jangan.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Gulai sedap nasi mentah,
     nasi sedap gulai mentah.

Bermaksud :

Perbuatan yang tidak sempurna.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Parsi(Beta)

B.MelayuB.InggerisB.ParsiSebutan
mentah , kasarrawخام،نپختهkhām , napokhte

Kembali ke atas