[niat] | نية
Definisi : 1. maksud atau tujuan sesuatu perbuatan: mematikan orang sakit dgn ~ hendak menamatkan penderitaannya ialah suatu kesalahan; 2. ingatan (dlm hati): ~ kita hendak ke Kampar; ~ baik maksud yg baik; ~ hati tujuan (kehendak) hati; 3. janji (dlm hati) utk melakukan sesuatu jika terkabul sesuatu yg dihajati, kaul, nazar; melepas ~ membayar nazar; berniat 1. bertujuan (akan), bermaksud (akan): aku pun tidak ~ lagi hendak pulang ke rumahmu; 2. berjanji (akan), berkaul, bernazar: beta ini laki isteri hendak pergi berkaul dan ~ di lautan Tanjung Jati; berniat-niat berharap-harap supaya, mengharapkan benar; meniatkan 1. mengharapkan, memaksudkan: niat itu hendaklah diniatkan dlm hati; 2. menjanjikan utk melakukan sesuatu (setelah sampai hajat dll), mengaulkan, menazarkan; 3. Mn berdoa utk memohon sesuatu, mengharapkan; terniat telah diniatkan, datang niat, termaksud: Nahidah tidak ~ hendak mengkhabarkannya; niatan niat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[niat] | نية
Definisi : 1 maksud atau tujuan melakukan sesuatu; hajat; kehendak: Wahai tuanku yg bangsawan, patik tahu akan ~ tuanku memanggil patik pulang. 2 janji utk berbuat sesuatu jika tercapai hajat; kaul; nazar. berniat 1 bermaksud; bertujuan: Aku pun tidak ~ hendak pulang ke rumahmu lagi. 2 berjanji akan berbuat sesuatu jika tercapai hajat; bernazar; berkaul: Dia ~ akan berpuasa seminggu jika ia lulus dlm peperiksaan itu. meniatkan 1 menyimpan sesuatu sbg niat (di hati); memaksudkan. 2 menjadikan sesuatu sbg niat; menjanjikan sesuatu (utk melakukan sesuatu setelah tercapai hajat dll); menazarkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)