Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. alat (drpd lidi, sabut, roman, dll) utk membersihkan lantai dll: dia membersihkan rumahnya dgn ~ lidi; 2. sesuatu yg digunakan utk membersihkan (mengesat, menghapus, dll); ~ jagat a) sj meriam besar; b) sj hantu hutan; ~ tangan a) kain segi empat (utk mengesat muka, peluh, dll); b) destar, setangan; ~ tangan menali ayam prb perihal ke­mis-kinan yg amat sangat; spt ~ (penyapu) diikat dgn benang sutera prb sesuatu yg tidak kena pd tempatnya; bersapu 1. (sudah) dibersihkan (dikesat dll) dgn sapu: bilik saya belum ~; 2. (sudah) dilumas (diratakan sesuatu pd per­mukaan-nya): bersama-sama susu lembu itu disedia-kannya juga tiga keping roti bakar ~ mentega; menyapu 1. membersihkan lantai dgn sapu: ~ lantai; 2. mengesat, menghapuskan, mengusap: sambil mengesat ia ~ air mata-nya; 3. = menyapu-nyapu mengesat-ngesat, menggosok-gosok, mengusap-usap: dilucut-kan kaca matanya, disapu kedua-dua belah matanya; 4. mencecah ke (kerana terlalu tinggi), sampai ke: di dlm gelubur, gemal-gemal padi tersusun hingga ~ alang pondok; 5. melumas (dgn cat, kapur, dll): rumah pengantin itu sedang dibaiki dan disapu cat; 6. melumur (bedak ke muka dll); 7. bp melenyapkan sama sekali (wang dll), me-ngambil habis, membinasakan sama sekali: wangnya habis disapu oleh Cik Rafeah; ~ bersih (licin) mengambil (memperoleh, me-menangi, dsb) kesemuanya; menyapukan 1. menyapu utk orang lain; 2. memakai sesuatu utk menyapu, menyapu dgn; 3. melumurkan (melumaskan, meng­gosokkan, dll) sesuatu pd (sesuatu permukaan dsb): maka oleh si pelulut ubat guna drpd Hang Nadim itu disapukannya pd tubuh Tun Teja; selepas pembersihan waktu hendak tidur, sapukan krim itu nipis-nipis pd muka dan leher; tersapu 1. sudah disapu, sudah dibersihkan; 2. (telah) dibinasakan (dirosakkan, di­musnah-kan, dll): haluan dan buritan masih berada di atas paras muka laut, tetapi bahagian tengah sudah ~ seluruhnya; sapuan 1. perihal (perbuatan dsb) menyapu: dia merasai sesuatu drpd ~ hujung rambut perempuan itu; 2. hasil menyapu; penyapu alat utk menyapu (membersihkan dll), sapu: sebatang ~ lidi dikeluarkannya; ~ ranjau kapal utk membersihkan ranjau di laut; disambut dgn ~ tak bersimpai prb dihalau keluar dr sesuatu majlis kerana dibenci orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sapu I

Puisi
 

Sapu tangan jatuh ke laut,
     Jatuh ke laut dengan alasnya;
Amboi berat budi disambut,
     Sambut dengan tiada balasnya.


Lihat selanjutnya...(48)
Peribahasa

Seperti sapu diikat dengan benang sutera.

Bermaksud :

Sesuatu yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Penyapu diikat sutera, b. Perahu papan bermuat intan, c. Permata lekat di pangkur, d. Seperti penyapu bersimpai dengan benang sutera).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Parsi(Beta)

B.MelayuB.InggerisB.ParsiSebutan
sapu tanganhandkerchiefدستمالdastmāl

Kembali ke atas