[se.te.ru] | سترو
Definisi : musuh atau lawan (orang perseorangan): drpd banyak ~, baik banyak sahabat; berseteru mempunyai seteru, bermusuh: barangkali kerajaan akan melancarkan tindakan ~ di luar negara; drpd bersahabat dgn orang yg bodoh, baik ~ dgn orang yg berakal prb tidak ada sesuatu pun yg boleh didapati drpd orang bodoh tetapi drpd orang cerdik kita boleh mempelajari walaupun dia musuh kita; menyeterui memusuhi; memperseterukan menjadikan seteru, menganggap musuh; perseteruan perihal berseteru, permusuhan: umat Arab sebelum Islam sentiasa dlm huruhara, pertelingkahan dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[se.te.ru] | سترو
Definisi : orang yg ditentang dlm peperangan atau dlm perkelahian; orang yg dipercayai akan merosakkan diri kita sendiri; musuh: Drpd banyak ~, lebih baik banyak sahabat. berseteru 1 mempunyai seteru. 2 tidak berbaik-baik antara satu dgn yg lain; bermusuh: Dia memang ~ dgn saya. perseteruan perbuatan (hal dsb) berseteru; permusuhan: Sistem ini telah menimbulkan ~ dan persaingan hebat di kalangan keluarga Umaiyah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)