Definisi : = tandingan 1. sesuatu yg seimbang (sebanding) dgn yg lain, banding, imbang, tara: tentera Jepun itu tidak ada ~nya dlm keberanian; memang Mat Akil telah lama menjadi tandingannya; satu nikmat yg belum ada ~nya; 2. jodoh, pasangan, regu: gadis itu sesuai untuknya, memang tandingannya;setanding sebanding, seimbang, setara; bertanding 1. berlawanan, beradu (kuat, pandai, dll): minggu hadapan pasukan bola sepak Melayu Johor akan ~ dgn pasukan Pulau Pinang; dia akan masuk ~ dlm pilihan raya yg akan datang; 2. ada bandingnya (toloknya, imbangannya, taranya, dll): kekejaman mereka tiada ~ di muka bumi ini; 3. berlumba-lumba, bersaingan: sudah dapat ia duduk di kota bolehlah dia ~ dgn saudagar-saudagar besar; 4. berlawan seorang sama seorang: hari ini dua lawan dua, besok ~; ~ hujung lidah bertengkar;menandingi melawan, menyaingi, mengimbangi: pencabar dr Denmark itu tidak dapat langsung ~ kehandalan juara Malaysia; menandingkan 1. menjadikan sbg tandingan (lawan, imbangan); 2. meletakkan berdekatan (utk mengetahui beza atau persamaan dll), membandingkan: ~ keadaan sebelum dan sesudah perang; cubalah tandingkan gadis itu dgn bekas tunangannya, jauh perbezaannya, spt langit dgn bumi!mempertandingkan menjadikan bertanding (seseorang, sesuatu): pertandingan tersebut terbuka kpd seluruh peladang utk ~ hasil-hasil tanaman mereka; pertandingan 1. perihal bertanding, perlawanan (bola dll), perlumbaan (berlari, berenang, dll), peraduan: satu ~ menembak dgn menggunakan pistol akan diadakan di Jalan Padang Tembak; 2. perihal bersaing, perlumbaan (utk mencapai kejayaan dll), persaingan; 3. perbandingan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)