Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. bapa kpd ayah atau ibu seseorang; 2. panggilan oleh seseorang terhadap bapa kpd ayahnya (ibunya) atau terhadap se­se­orang lain yg sedemikian tuanya, aki, kakek; ~ nenek nenek moyang, leluhur; 3. ark panggilan orang ramai kpd anggota polis atau panggilan mata-mata kpd pegawai atasannya; 4. Mn penghulu adat; 5. hantu (puaka, pe­nunggu) sesuatu tempat: ~ di pokok itu kononnya selalu mengganggu orang-orang yg lalu di situ; 6. topekong, berhala, atau dewa (kpd orang Cina yg mempunyai ke­percayaan tertentu); rumah ~ rumah berhala; 7. bp sebutan bagi harimau; ~ betina sl ketua dayang-dayang dlm istana; ~ kayu ark pegawai dan kakitangan jabatan hutan; mendatukkan menjadikan (memanggil) datuk: Tok Embong dituankan oleh orang-orang suruhannya, diayahkan oleh peringkat anak-anak dan didatukkan oleh peringkat cucunya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. gelaran kehormat kpd orang yg berpangkat atau bermartabat tinggi (yg biasa­nya menjadi pembesar negeri): ~ Bendahara; ~ Paduka Raja; ~ Panglima; ~ Temeng­gung; 2. gelaran kehormat di Malaysia yg dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Yang Dipertua Negeri Melaka, Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Yang Dipertua Negeri Sabah kpd orang yg telah dianugerahi pingat tertentu (sbg penghargaan terhadap jasa atau khidmatnya kpd negara); ~ Bandar ketua pentadbiran sesebuah bandar raya; ~ Patinggi gelaran kehormat yg dianu­gerahkan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak kpd orang yg telah dianugerahi pingat tertentu; ~ Seri gelaran kehormat yg dianu­gerahkan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka kpd orang yg telah dianugerahi pingat ter­tentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 bapa kpd ayah atau ibu sendiri. 2 panggilan utk bapa kpd ayah atau ibu sendiri; panggilan utk orang lelaki yg lebih kurang sebaya dgn datuk 1. mendatukkan memanggil seseorang datuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1 gelaran kehormatan yg dianugerahkan oleh Ketua Negara atau Ketua Negeri kpd orang-orang tertentu (kerana menghormati jasanya dll): Antara tetamu yg hadir termasuklah ~ Hussein Onn dan isterinya, Datin Suhaila. 2 gelaran kehormatan yg diberikan kpd orang-orang yg berpangkat: ~ Bandar; ~ Bendahara; ~ Panglima. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata datuk

Puisi
 

Burung belibis burung jelatuk,
     Singgah menyewa di kampung petani;
Minta tabik segala datuk,
     Datuk ada semua di sini.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

628

Walls have ears

Berwaspada apabila bercakap tentang sesuatu perkara terutamanya yang rahsia kerana ada yang akan mendengarnya tanpa disedari.

Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar

She was flabbergasted when her secret affair with a Datuk suddently became a talk of the town. She had never mentioned it to anyone except her aunt. She didn't know that in the small town, not only do the walls have ears, but the windows have eyes and the doors have tongues too!

Tercengang dia apablia perhubungan rahsianya dengan seorang Datuk tiba-tiba menjadi perbualan hangat. Tidak pernah sekalipun dia menceritakannya kepada orang lain, kecuali ibu saudaranya. Dia langsung tidak mengetahui bahawa di pekan kecil itu, bukan saha

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tok wan[to wAn] datukMak habaq tok wan suka makan kanji masa bulan posa.[mA hA.bA)Ö to wAn su.kA mA.kAn kAn.dZi mA.sA bu.lAn p.sA]Mak beritahu datuk suka makan bubur nasi semasa bulan puasa.
tok mamak[to/ mA.mA/ ] datuk   
tok nek[to ne] mak kepada nenek atau datukTok nek mati masa tok baru beranak kat bapak.[to ne mA.ti mA.sA to bA.Òu b«.ÒA.nA kAt bA.pA/]Moyang meninggal semasa nenek baru melahirkan bapa.
tegege-gege[t«.gE.gE.gE.gE]kata kerjamempermain-mainkan arahan atau nasihat orang lain; acan-acan maen.Tok wan pukoi dia pasai tegege-gege cakap tok wan.[to/ wAn pu.koj di.jA pA.sAj t«.gE.gEgE.gE tSA.kAp to/ wAn]Datuk memukulnya sebab mempermainkan cakap datuk.
pangge angin[pAN.gE A.gin] bersiul dengan teknik tertentu untuk mendatangkan angin bagi menguroi padiTok wan kalu nak menguroi dia selalu pangge agin.[to/ wAn kA.lu nA/ m«.Nu.Òoj di.jA s«.lA.lu pAN.gE A.gin]Datuk kalau hendak menganginkan padi, dia selalu bersiul.
kancin praq[kAn.tSin pÒA)Ö] baju T berbutang tiga tanpa kolar berwarna putih, nipis dan diperbuat daripada kain kapas.Tok wan pakai baju kancin praq dengan kot cendoi.[to/ wAn pA.kAj bA.dZu kAn.tSin pÒA)Ö d«.NAn kot tSEn.doj]Datuk pakai baju kancin praq dan kot lusuh.
kembang juboq[k«m.bAN tSu.bo)Ö] menyindir seseorang kerana kononnya seseorang itu berbangga dengan keistimewaan yang diperolehSejak orang pangge hang ‘datok’, kembang juboq hang.[s«.dZA/ .ÒAN pAN.gE hAN dA.to/ k«m.bAN dZu.bo/ hAN]Sejak orang memanggil awak ‘datuk’ berbanggalah awak.
rogeh[ҍ.geh]kata kerjamenggoyang-goyangkan sesuatu (seperti paku, kayu dan lain-lain) dengan tujuan untuk melonggar atau mencabutnyaTok wan dok rogeh paku kat dindin takot kena cucu dia.[to wAn do ҍ.geh pA.ku kAt din.din tA.kot k«.nA tSu.tSu di.jA]Datuk menggoyang-goyangkan paku di dinding bimbang terkena cucunya.

Kembali ke atas