jege | [dZ«.gE] | kata kerja | membeliakkan mata. | Dia jege saja aku tau dia marah. | [di.jA dZ«.gE sA.dZA A.ku tAw di.jA mA.ÒAh] | Dia membeliakkan mata sahaja saya tahu dia marah. |
jerap | [dZ«.ÒAp] | kata kerja | nyenyak tidur. | Jerap betoi budak tu tidoq, hingaq pon dia tak sedaq. | [dZ«.ÒAp b«.toj bu.dA/ tu ti.do)Ö hi.NA)Ö pon di.jA tA/ s«.dA)Ö] | Nyenyak sungguh budak itu tidur, walaupun bising dia masih tidak sedar. |
tejeremoh | [t«.dZ«.Ò«.moh] | kata kerja | terserempak | Aku tejeremoh dengan ulaq kat pancoq. | [A.ku t«.dZ«.Ò«.moh d«.NAn u.lA)Ö kAt pAn.tSo)Ö] | Saya terserempak dengan ular dalam bilik air. |
jeremoh | [dZ«.Ò«.moh] | kata kerja | terserempak; jerembap. | Aku jeremoh dengan pak menakan hang tang kedai tadi. | [A.ku dZ«.Ò«.moh d«.NAn pA/ m«.nA.kAn hAN tAN k«.dAj tA.di] | Saya terserempak dengan bapa saudara awak di kedai tadi. |
jerembap | [dZ«.Ò«m.bAp] | kata kerja | terserempak; jeremoh. | Kami jerembap dengan depa masa beli tiket wayang. | [kA.mi dZ«.Ò«m.bAp d«.NAn dE.pA mA.sA b«.li ti.kEt wA.jAN] | Kami terserempak dengan mereka semasa membeli tiket wayang. |
jejai | [dZ«.dZAj] | kata kerja | menyuruh seseorang makan pada masa dan ketika itu juga. | Jejai cepat, baih dah nak mai. | [dZ«.dZAj tS«.pAt bAC dA/ nA/ mAj] | Makan cepat, bas sudah hendak datang. |
jerit | [dZ«.Òit] | kata kerja | minum sekadar membasahkan tekak. | Kalu nak balek pon jerit ayaq sikit. | [kA.lu nA/ bA.le/ pon dZ«.Òit A.jA)Ö si.kit] | Kalau hendak balik sekalipun, minum sedikit air. |
jenoh | [dZ«.noh] | kata adjektif | berkenaan dengan sesuatu yang terlalu banyak bilangannya. | Dekat nak mengerat jenoh burong sintaq. | [d«.kAt nA/ m«.N«.ÒAt dZ«.noh bu.ÒoN sin.tA)Ö] | Hampir musim mengerat padi banyak burung sintar. |
genjoq | [g«n.dZ)Ö] | kata adjektif | berkenaan dengan sesuatu (seperti getah, spring) yang memeri | Spring ndoi dah genjoq. | [spÒiN ndoj dAh g«n.dZ)Ö] | Spring buai sudah memeri |
jelangak | [dZ«.lA.NA/] | kata adjektif | berkenaan dengan seseorang yang tidak memberi tumpuan pada keadaan sekeliling. | Awat yang jelangaq sangat ni, sampai tesepak bendoi. | [A.wAt jAN dZ«.lA.NA/ sA.NAt ni sAm.pAj t«.sE.pA/ b«n.doj] | Awak tidak memberi tumpuan, sehingga tersepak bendul. |