Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. dlm keadaan tidak sedar dgn mata terpejam (kerana berehat): siang bekerja malam ~; ~ (-tidur) ayam tidur yg tidak lena (mudah terjaga); ~ lelap (lena, lenyak, nyenyak, senyap) tidur benar-benar (sehingga tidak mudah dikejutkan); ~ mati tidur dgn sangat lenanya; baju (pakaian) ~ baju (pakaian) yg khusus dipakai utk tidur, pijama; bilik (kamar) ~ bilik tempat orang tidur; kaki (tukang) ~ bp (orang yg) sangat suka atau sangat mudah tidur; penyakit ~ sj penyakit yg menyebabkan orang yg menghidapnya selalu hendak tidur; tempat ~ a) bilik (bangunan) tempat orang tidur; b) ranjang; ubat ~ = penidur ubat yg menyebabkan tidur; 2. = masuk (pergi) ~ hendak (pergi utk) berehat dgn memejamkan mata dan tidak sedar diri: biar aku sahaja menyudahkan kerja ini, kau boleh pergi ~ ; 3. a) berbaring; b) = tidur-tidur berbaring-baring (kerana berehat dll); ~ tak lelap, makan tak kenyang prb perihal orang yg tidak tenang fikirannya (kerana runsing, rindu, dll); bagai ~ di atas miang (enjelai) prb perihal orang yg sangat gelisah (kerana banyak perkara yg difikirkannya dll); meniduri 1. tidur (berbaring) di: di atas bangku yg di kejauhan sana, nampak gadis ~ pangkuan pacarnya; 2. bersetubuh dgn, menyetubuhi; menidurkan 1. membuat supaya tidur, mem­-baringkan supaya tidur: sesudah ~ anaknya barulah dapat ia bersenang-senang; 2. mem-baringkan, merebahkan: kemudian hendak-lah ditidurkan pasu itu supaya batang pokok itu sekarang menga­rah ke tepi; 3. ki menjadi-kan lalai (cuai, tidak bersemangat, dll), me-lalaikan: janganlah kita ~ kembali masyarakat kita yg sudah mulai sedar sekarang; 4. menyembuhkan (menghilangkan dll) dgn tidur: ~ pening kepala; tertidur 1. (sudah) tidur: dia merapati katil dan mendapati anaknya sudah ~; 2. mulai tidur: kian lama mata bapa kian pudar, dia ~; 3. dgn tidak sengaja tidur: kerana terlalu letih dia ~ di kerusinya; ketiduran 1. = tempat ~ tempat tidur: nasihat itu menghadapkan kenang-kenang­an­nya ke tempat lain, jauh dr ~nya dewasa itu, ke rumah isterinya; 2. tertidur (dgn tidak sengaja), lama sungguh tidur; ketidur-tiduran selalu mengantuk (hendak tidur); setiduran = seketiduran; seketiduran 1. setempat tidur, tidur bersama-sama; selapik ~ (sahabat) sangat karib; 2. teman tidur; berseketiduran 1. tidur bersama di suatu bilik (katil dll); 2. bersetubuh; petiduran tempat tidur; penidur 1. (orang yg) selalu tidur atau sangat mudah tidur, kaki tidur, tukang tidur; 2. = ubat ~ ubat (pil dll) yg menyebabkan tidur lena. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 (dlm keadaan) berehat dgn mata terpejam dan tidak khabarkan diri: Biar aku saja yg menyudahkan kerja ini, engkau boleh ~. Dia masih ~ di biliknya. 2 keadaan rehat dgn mata terpejam dan tidak khabarkan diri; ~ lena (lenyak) tidur yg tidak mudah dikejutkan. tidur-tidur berbaring-baring (tetapi tidak lena). ~ ayam tidur yg tidak lena. meniduri 1 tidur di: ~ tilam empuk. 2 bersetubuh dgn. menidurkan membuat supaya tidur: Ibu itu sedang ~ anaknya. tertidur dgn tidak sengaja tidur: Kerana terlalu letih, dia ~ di kerusinya. ketiduran 1 tertidur (dgn tidak sengaja); terlampau lama tidur. 2 = tempat ~ tempat (utk) tidur. seketiduran bersama-sama tidur di satu tempat; sama tempat tidur. berseketiduran 1 tidur bersama-sama di satu tempat tidur. 2 bersetubuh. petiduran tempat tidur. penidur 1 orang yg selalu atau sangat mudah tidur. 2 ubat dsb yg menyebabkan atau memudahkan tidur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau ada padi gugur,
     Bolehlah kita tampi-tampi;
Kasih terlupa antara tidur,
     Dalam tidur kita bermimpi.


Lihat selanjutnya...(134)
Peribahasa

Tidur tak lelap,
     makan tak kenyang.

Bermaksud :

Orang yang bersusah hati (gelisah), kerana sangat banyak yang difikirkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air diminum sembiluan, b. Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam).

 

Lihat selanjutnya...(34)

314

Wake not a sleeping lion

Jangan sengaja mencari susah dengan mengganggu sesuatu atau seseorang yang boleh mencetuskan masalah.

Mengusik anjing tidur

Why should your bother them when they don't bother you? Wake not a sleeping lion . We don't want them to ruin our trade which is just booming.

Mengapa awak harus mengganggu mereka sedangkan mereka tidak pula mengganggu awak? Jangan mengusik anjing tidur. Kita tidak mahu mereka merosakkan perniagaan kita yang baru berkembang naik.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
ban[bAn]kata kerjatidur.Aku nak balek ban.[A.ku nA/ bA.le/ bAn]Saya hendak balik tidur.
belayaq[b«.lA.jA)Ö]kata kerjatidur.Baru pukoi lapan dak belayaq dah.[bA.Òu pu.koj lA.pAn dA/ b«.lA.jA)Ö dAh]Baru pukul lapan sudah tidur.
hanyut[hA.øut]kata kerjatidurKami tengah syok tengok T.V. dia dah hanyut.[kA.mi t«.NAh S tE.N ti.vi di.jA dAh hA.øut]Kami sedang seronok menonton televisyen dia sudah tidur.
jerap[dZ«.ÒAp]kata kerjanyenyak tidur.Jerap betoi budak tu tidoq, hingaq pon dia tak sedaq.[dZ«.ÒAp b«.toj bu.dA/ tu ti.do)Ö hi.NA)Ö pon di.jA tA/ s«.dA)Ö]Nyenyak sungguh budak itu tidur, walaupun bising dia masih tidak sedar.
tebungkin[t«.buN.kin]kata adjektifberkenaan dengan seseorang yang tidur baring dan mengganggu laluan; tebuntangPunyala leteh dia tebungkin depan pintu.[pu.øA.lA l«.teh di.jA t«.buN.kin d«.pAn pin.tu]Kerana terlalu letih dia tidur terbaring dan mengganggu laluan di depan pintu.
menereloh[m«.n«.Ò«.loh]kata kerja1. tidur; merelohPi menereloh cepat dah pukoi sebelaih dah, isok nak sekolah.[pi m«.n«.Ò«.loh tS«.pAt dAh pu.koj s«.b«.lAC dAh i.so/ nA/ s«.ko.lAh]Cepat pergi tidur sudah pukul sebelas, besok hendak sekolah.
   2. tidur melebihi had biasa atau pada waktu yang tidak sesuai; merelohDah pukoi berapa ni hang dok menereloh lagi, jom pi pasa malam.[dAh pu.koj b«.ÒA.pA ni hAN do/ m«.n«.Ò«.loh lA.gi dZom pi pA.sA mA.lAm]Pukul berapa sekarang awak masih tidur lagi, mari pergi pasar malam.
basai[bA.sAj]kata adjektifberkenaan dengan wajah yang kelihatan pucat akibat sakit atau tidur yang berlebihan.Lama sangat hang tidoq, pasai tu muka hang naek basai.[lA.mA sA.NAt hAN ti.d)Ö pA.sAj tu mu.kA hAN nAe/ bA.sAj]Lama sangat awak tidur, sebab itu muka awak kelihatan pucat.
mamun[mA.mun]kata adjektifberkenaan dengan seseorang yang belum sedar sepenuhnya daripada tidur; manyauMasa dia habaq tadi aku ingat dia mamun lagi la.[mA.sA di.jA hA.bA)Ö tA.di A.ku i.NAt di.jA mA.mun lA.gi lA]Semasa dia beritahu tadi saya ingat dia masih belum sedar sepenuhnya daripada tidur.
manyau[mA.øA)w]kata adjektifberkenaan dengan seseorang yang belum sedar sepenuhnya drp tidur; mamunHang tok sah tanya tang mana dia buboh kunci, dia tu manyau lagi.[hAN to/ sAh tA.øA tAN mA.nA di.jA bu.boh kun.tSi di.jA tu mA.øA)w lA.gi]Awal jangan tanya di mana dia letak kunci, dia masih belum sedar sepenuhnya daripada tidur.
123

Kembali ke atas