Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.cuh] | اچوه

Definisi : peduli, mengambil berat, mengendahkan; tak ~ tidak peduli; ~ tak ~ (hampir) tidak menunjukkan minat atau memberikan per­hatian (kpd sesuatu), kurang peduli, endah tak endah: sikap ~ tak ~ ini merugikan per­juangan kebangsaan; mengacuhkan mempedulikan, mengendah­kan, menghiraukan: tidak ~ larangan orang tua-tua; acuhan sesuatu yg diendahkan, sesuatu yg menarik minat atau perhatian; ketidakacuhan sikap tidak mengendahkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.cuh] | اچوه

Definisi : peduli; mengendahkan: tak ~ tidak peduli; tidak mengendahkan; ~ tak ~ tidak mengambil berat; tidak memberikan perhatian. mengacuhkan menaruh minat atau mengambil berat terhadap sesuatu; mempedulikan: Kerana bongkak, dia tidak ~ nasihat orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata acuh


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
buat don[bu.wAt d)n] sikap acuh tidak acuh; buat kerin.Masa bini dia dok beletiaq, dia buleh buat don saja.[mA.sA bi.ni di.jA do b«.lE.ti.jA)Ö di.jA bu.leh bu.wAt d)n sA.dZA]Masa isterinya beleter, dia bersikap acuh tidak acuh saja.
buat kerin[bu.w­At k«.Òin] sikap acuh tidak acuh; buat don.Pada hai dia yang ambek duet, bila orang tudoh dia buleh buat kerin.[pA.dA hAj di.jA jAN Am.bE/ du.wet bi.lA .ÒAN tu.doh di.jA bu.leh bu.w­At k«.Òin]Pada halnya dia ambil duit, bila dituduh dia boleh buat kerin.

Kembali ke atas