Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. mempunyai pengetahuan yg men­dalam tentang agama Islam di samping me­miliki sifat warak, zuhud, dan takwa: meminta petunjuk dan nasihat mengenai hukum agama drpd orang yg ~; ~ ulama pakar-pakar agama Islam; 2. patuh kpd ajaran agama (Islam) serta rajin beribadat, soleh: ayahnya seorang yg ~; 3. bp sangat baik sifat dan akhlaknya (spt orang alim): nampaknya ~, rupanya orang bangsat; ~-~ kucing pura-pura alim; kealiman 1. perihal (sifat) mengetahui dgn mendalam mengenai agama, perihal sungguh berpengetahuan (tentang agama); 2. kepatuh­an kpd ajaran agama (Islam) serta kesung­guhan beribadat, kesolehan; 3. bp kebaikan tingkah laku (sifat dan akhlak). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alim I

Puisi
 

Tak ada damar pasang lilin,
     Buat terang waktu malam;
Bukannya pandai bukannya alim,
     Tetapi tahu cara Islam.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Alim bagai katak di tepi air.

Bermaksud :

Orangnya alim (banyak ilmu) tetapi dia sendiri tidak mendapat faedah daripada ilmunya itu.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   3. seperti, macamTera tu punya alim hang tak mau lagi.[t«.ÒA tu pu.øA A.lim hAN tA/ mAw lA.gi]Seperti itu alimnya awak tidak berkenan lagi.

Kembali ke atas