Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ang.go.ta] | اڠݢوتا

Definisi : 1. bahagian tubuh, terutama tangan dan kaki: duduk membongkok tidak menye­nang­kan ~ badannya; 2. ahli (sesuatu pasukan, pertubuhan, golongan, dll): ~-~ pasukan bomba bergesa-gesa ke tempat kebakaran itu; ~ perwakilan asing; ~ polis; ~ tentera; beranggota mempunyai anggota; beranggotakan mempunyai sbg anggota atau ahli; menganggotai menjadi anggota (sesuatu perkumpulan, pertubuhan, dll): pertubuhan itu dianggotai oleh peminat-peminat pel-bagai seni; Jabatan Pengajian Islam terus ~ Fakulti Sastera dan Sains Sosial; keanggotaan perihal menjadi anggota, ke­dudu­kan (hak) sbg anggota, keahlian: komunis China menuntut ~nya diterima dlm Bangsa-Bangsa Bersatu; ~ negara itu dlm per­tubuhan tersebut dicabar oleh beberapa buah negara anggota yg lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ang.go.ta] | اڠݢوتا

Definisi : 1 bahagian tubuh (terutamanya tangan dan kaki): ~nya terasa sakit-sakit setelah ikut serta dlm perlumbaan jalan kaki. 2 orang yg turut serta dlm sesuatu pertubuhan (syarikat, kesatuan dll): Ayahnya ~ polis. menganggotai menjadi anggota dlm sesuatu pertubuhan dsb: Beberapa orang kenamaan telah turut ~ syarikat kerjasama itu. keanggotaan hal menganggotai sesuatu pertubuhan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anggota

Peribahasa

Tangan yang celaka kerja jatuh.

Bermaksud :

Mendapat kerugian kerana perbuatan anggota keluarga yang tidak bertanggungjawab.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kute[ku.tE]kata kerjamencubit sesuatu (seperti anggota badan, lauk dan lain-lain) dengan cara menekan ibu jari dan jari telunjuk; getu.Mak aku tak suka tampaq tapi suka kute.[mA/ A.ku tA/ su.kA tAm.pA)Ö tA.pi su.kA ku.tE]Mak saya tidak suka tampar tetapi suka cubit.
bekeretang[b«.k«.Ò«.tAN]kata adjektifberkenaan dengan kotoran yang kering pada sesuatu permukaan seperti anggota badan manusia, haiwan, pakaian, dan dinding.Pipi budak tu bekeretang dengan hinguih.[pi.pi bu.dA tu b«.k«.Ò«.tAN d«.NAn hi.NuC]Pipi budak itu bekeretang dengan hingus.

Kembali ke atas