Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. menaruh berahi atau perasaan cinta yg amat sangat (terhadap seseorang), berahi (akan), cinta (akan): raja itu sedang ~ kpd tuan puteri; 2. sedang sibuk, leka (dgn sesuatu), khayal (melakukan sesuatu): kalau dah ~ ber-bual lupa akan makan; ~ maksyuk a) berkasih-kasihan; b) orang yg sedang ber­kasih-kasihan, sepasang kekasih; c) Tuhan dan hamba-Nya; 3. Ar orang yg menetapkan renungan dan pandangan rohaniah pd Allah SWT kerana didorong oleh cinta dan kasih kepada-Nya; asyik-asyik balik-balik, sering kali: ~ per­kara itu juga yg dibangkitkannya; mengasyikkan 1. menimbulkan berahi (pd seseorang), menimbulkan perasaan cinta (pd): Rohani dgn baju yg pendek dan jarang, begitu ~ kekasihnya; 2. membuat atau menye­bab­kan asyik (leka dsb), melekakan, mengkhayalkan: kisah itu cukup ~; buku cerita yg ~ pembaca; keasyikan kelekaan (sewaktu sedang me­la­ku­kan sesuatu): mereka memerhatikan ~ gadis itu memetik bunga di taman; keasyik-asyikan sangat asyik (berahi, leka, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 mabuk atau kasih; gemar sekali (kpd); berahi: Apabila mendengar khabar itu, Raja Melaka pun sangatlah ~ akan Tun Teja. 2 sedang sibuk melakukan sesuatu; leka: Dia ~ membaca buku cerita saja. mengasyiki menjadi asyik akan; menyukai benar. mengasyikkan menyebabkan menjadi asyik; menyenangkan; melekakan. keasyikan rasa asyik; kelekaan: Mereka menjadi lalai dlm ~ menikmati hiburan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asyik

Puisi
 

Anak burung pandai berenang,
     Menghilang di rimba hutan berduri;
Malang hamba asyik terkenang,
     Orang dikenang membenci diri.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Seperti bulan dimakan rahu.

Bermaksud :

Memeluk kekasih dengan asyik sekali. rahu = ular naga yang dipercayai menyebabkan gerhana bulan (matahari).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   2.terlalu asyik.Jangan idap maen dam, lohoq dah nak habeh.[dZ­A.NAn i.dAp mAen dAm, lo.ho)Ö dAh nA/ hA.beh]Jangan terlalu asyik main dam, zohor sudah hampir habis.
ralet[ÒA.le]kata tugasasyik atau lekaHang ni ralet besembang sampai nasik hangit pon hang tak sedaq.[hAN ni ÒA.le b«.sEm.bAN sAm.pAj nA.si hA.Nit pon hAN tA s«.dA)Ö]Awak leka bersembang sampai nasi hangit pun awak tidak sedar.
kerumit[k«.Òu.mit]kata kerjamenguit dan mengorek dengan jari tangan.Awak cek dok kerumit ujung bantai?[A.wAt tSEt do/ k«.Òu.mit u.dZuN bAn.tAj]Mengapa awak asyik menguit hujung bantal?
wang-wing[wAN-kata kerjaberjalan mundar-mandir tanpa tujuanHang kalu dok wang-wing kat Komtar dapat apa?[hAN kA.lu do wAN-.wiN kAt kom.tAr dA.pAt A.pA]Awak kalau asyik wang-wing di Komtar dapat apa?
jadi bunga taik[dZA.di bu.NA tA.ji/] punca pergaduhan.Jangan dok melawak sangat sat ni jadi bunga taik.[dZA.NAn do/ m«.lA.wA/ sA.NAt sAt ni dZA.di bu.NA tA.ji/]Jangan asyik bergurau, nanti jadi punca pergaduhan.
   3. mencuriKalu budak-budak masok dalam kedai dia kira nak menyerama[kA.lu bu.dA/.budA/ mA.so/ dA.lAm k«.dAj di.jA ki.ÒA nA/ m«.ø«.ÒA.mA]Kalau budak-budak masuk ke dalam kedai, mereka asyik hendak mencuri.
melangut[m«.lA.Nut]kata kerja1. mendampingi seseorang kerana mengharapkan sesuatuDia ni asek melangut kat Y.B pasai nak projek.[di.jA ni A.se/ m«.lA.Nut kAt wAj.bi pA.sAj nA/ pro.dZe/]Dia ini asyik mendampingi Y.B. sebab hendak projek.
daih[dAC]kata kerjamenjatuhkan seseorang dengan menggunakan kaki, membentes.Lece maen bola dengan dia, dia kira daih orang.[lE.tSE mAen b.lA d«.NAn di.jA di.jA ki.ÒA dAC o.ÒAN]Lece main bola dengan dia, dia asyik membentes orang.
   2. menindas seseorang atau sekumpulan orangMentang-mentang dia baru reja, hampa dok tinaih dia saja.[m«n.tAN.m«n.tAN di.jA bA.Òu Ò«.dZA hAm.pA do ti.nAC di.jA sA.dZA]Mentang-mentang dia baru kerja, kamu asyik menindasnya.
mentekedarah[m«n.t«.k«.dA.ÒAh]kata kerjamakan tetapi penggunaannya agak kasarApa reja pon tak buat asek mentekedarah saja.[A.pA Ò«.dZA pon tA/ bu.wAt A.se/ m«n.t«.k«.dA.ÒAh sA.dZA]Apa kerja pun tidak buat asyik makan saja.
12

Kembali ke atas