Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.gai.ma.na] | باݢايمان

Definisi : 1. kata tanya (menanyakan hal), betapa: ~ keadaan budak yg sakit itu sekarang? 2. dgn cara apa, dgn jalan apa: parlimen menjaga dan mengawal ~ wang orang ramai dipungut dan dibelanjakan; ~ juga bagaimanapun;sebagaimana seperti (yg dikehendaki dll), sama (halnya) dgn, seperti mana: sekolah itu dapat memberi pendidikan ~ yg dikehendaki;bagaimanapun biar apa pun yg terjadi;dibagaimanakan dipengapakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.gai.ma.na] | باݢايمان

Definisi : kata yg digunakan utk menanyakan keadaan atau cara: ~kah kamu membuat kira-kira ini? sebagaimana seperti (yg ada, yg dikehendaki, yg dirujuk dsb); sama halnya dgn: Dia melakukannya ~ yg dikehendaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bagaimana

Puisi
 

Bagaimana mencucuk manik,
     Manik dicucuk di pagi hari;
Abang adik silalah naik,
     Itu air membasuh kaki.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Bagaimana rupa begitulah bayangnya.

Bermaksud :

Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bapa burik anaknya tentu rintik).

 

Lihat selanjutnya...(30)

6

The apple never falls far from the tree

Sifat atau perangai anak biasanya tidak jauh bezanya daripada sifat atau perangai orang tuanya.

Bagaimana acuan begitulah kuihnya

Although Tina seem very honest, remember that her mother is a scheming woman. People say that the apple never falls far from the tree. So, be careful.

Meskipun Tina nampak jujur benar orangnya tetapi kau harus ingat bahawa ibunya pandai memperdayakan orang. Kata orang, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Jadi berhati-hatilah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
rekau[Ò«.kAw]kata kerjaberikhtiar untuk mendapatkan sesuatu; kerekauMai dah tengah malam, mana orang nak rekau cari laok.[mAj dAh t«.NAh mA.lAm mA.nA .ÒAN nA/ Ò«.kAw tSA.Òi lAo/]Datang waktu tengah malam, bagaimana saya hendak berikhtiar untuk mencari lauk.
tala[tA.lA]kata namaibu kunciLagu mana kawaq buleh masok pada hai tala pintu dia sikit punya besaq.[lA.gu mA.nA kA.wA)Ö bu.leh mA.so pA.dA hAj tA.lA pin.tu di.jA si.kit pu.øA b«.sA)Ö]Bagaimana pencuri boleh masuk sedangkan mangga pintunya terlalu besar.
secotet[s«.tS.tEt]kata adjektifberkenaan dengan sesuatu yang sangat kecil atau sedikitTanah tu secotet macam mana nak bagi-bagi hampa adek beradek.[tA.nAh tu s«.tS.tEt mA.tSAm mA.nA nA bA.gi.bA.gi hAm.pA A.de b«.ÒA.de]Tanah itu sangat kecil bagaimana hendak membahagi-bahagikan antara kamu adik beradik.

Kembali ke atas