Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bai/.bai/] | باءيق ٢

Definisi : 1 terhormat dan terpuji (ttg tingkah laku, budi pekerti dsb); tidak jahat: orang ~. 2 dgn sungguh-sungguh; dgn tekun: Belajarlah ~ supaya lulus dlm peperiksaan. 3 hati-hati; ingat-ingat: ~ sewaktu melintas di jalan raya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baik-baik

Puisi
 

Baik-baik menebang jati,
     Biar serpih tumbang jangan;
Baik-baik mencari ganti,
     Biar terlebih kurang jangan.


Lihat selanjutnya...(230)
Peribahasa

Taruh beras dalam padi.

Bermaksud :

Rahsia hendaklah disimpan baik-baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada beras, taruh dalam padi).

 

Lihat selanjutnya...(335)

335

Look before you leap

Fikir masak-masak sebelum bertindak atau melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak menyesal kemudian, terutamanya yang mengundang risiko. (Peribahasa ini adalah untuk mengingatkan seseorang supaya jangan terburu-buru).

Pukul anjing tengok-tengok tuannya

I know that you like the girl, but look before you leap. You have to think carefully about the possible risks and consequences before you decide to marry another one.

Aku tahu yang kau menyukai gadis itu, tetapi pukul anjing tengok-tengok tuannya . Kamu perlulah berfikir baik-baik tentang risiko dan kesan yang bakal menanti sebelum kamu hendak berkahwin satu lagi.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(109)

Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
geretak[g«.Ò«.tA]kata namajambatan kecilBok baek lalu ataih geretak tu, sat ni jatoh paret.[b bAe lA.lu A.tAC g«.Ò«.tA tu sAt ni dZA.toh pA.Òet]Baik-baik lalu atas titi itu, nanti jatuh parit.
rengau[Ò«.NAw]kata kerjamencakar berkenaan binatang dan manusiaJaga anak hang bok baek, sat gi kucin tu rengau.[dZA.gA. A.nA hAN b bAe sAt gi ku.tSin Ò«.NAw]Jaga anak awak baik-baik, nanti kucing cakar.
pang[pAN]kata kerjamenamparCakap baek-baek sikit, sat ni aku pang muka hang, baru hang tau.[tSA.kAp bAe.bAe si.kit sAt gi A.ku pAN mu.kA hAN bA.Òu hAN tAw]Cakap baik-baik sikit, nanti saya tampar muka awak, baru awak tahu.
bang[bAN]kata kerja1. mendengar perbualan dengan tujuan mengintip.Cakap bok baek sikit, depa dok bang kita besembang ni.[tSA.kAp b bAe si.kit dE.pA do bAN ki.tA b«.sEm.bAN ni]Cakap baik-baik sikit, mereka sedang mendengar kita berbual.
gonyoh[go.øoh]kata kerjamemukul seseorang.Baek hang diam, aku gonyoh mulot hang sat ni.[bAe hAN di.jAm A.ku go.øoh mu.lot hAN sAt ni]Baik awak diam, saya pukul mulut awak sebentar lagi.
   2. mempengaruhi seseorangHang dok baek dengan dia, hang petek sikit kot-kot dapat habuan.[hAN do/ bAe/ d«.NAn di.jA hAN p«.tE/ si.kit kot.kot dA.pAt hA.bu.wAn]Awak baik dengannya, awak pengaruhinya kalau-kalau dapat habuan.
koro[k.ҍ]kata adjektifberkenaan dengan seseorang yang tidak cergas biasanya selepas demam.Awat nampak koro, baru baek demam ka?[A.wAt nAm.pA/ k.ҍ bA.Òu bAe/ d«.mAm kA]Mengapa nampak tidak cergas, baru baik dari demamkah?
hemoi[hE.moj]kata adjektifberkenaan dengan seseorang yang boleh bermuka-muka untuk mencapai sesuatu tujuanHang pandai hemoi, elok hang masok politik.[hAN pAn.dAj hE.moj E.lo/ hAN mA.so/ p.li.ti/]Awak pandai bermuka-muka, baik awak masuk politik.
tuaih[tu­­C]kata namadahan kayu yang dibenamkan dalam air supaya ikan terkumpul.Kalu ikan banyak lebeh baek kita buat tuaih.[kA.lu i.kAn bA.øA/ l«.beh bAe/ ki.tA bu.wAt tu­­C]Kalau ikan banyak lebih baik kita membuat tuaih.
mereben[m«.ÒE.ben]kata adjektifberkenaan dengan percakapan yang tidak tentu hujung pangkalCeramah dia mereben saja, baek aku balek.[tS«.ÒA.mAh di.jA m«.ÒE.ben sA.dZA bAe/ A.ku bA.le/]Ceramahnya tidak tentu hujung pangkal, baik saya balik.
12

Kembali ke atas