Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Banyak udang Kuala Palembang,
     Mari dicedok tudung sebiji;
Anak orang jangan dibimbang,
     Satu kerja haram tak jadi.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Suruh kerja golok Keling,
     suruh makan parang puting.

Bermaksud :

Malas bekerja tetapi banyak makan. (Peribahasa lain yang sama makna: Hendak kerja golok Keling, hendak makan parang punting).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
beng[b«N]kata adjektif1. marah atau bengang.Aku beng betoi pasai kena buat reja banyak.[A.ku b«N b«.toj pA.sAj k«.nA bu.wAt Ò«.dZA bA.øA]Saya sungguh marah sebab perlu buat banyak kerja.
langgah[lAN.gAh]kata kerja1. minum banyak-banyak sekali gus dengan keadaan kepala mendongakMasa bukak posa jangan langgah ayaq banyak sangat, sat ni tak lalu makan nasik.[mA.sA bu.kA/ p.sA dZA.NAn lAN.gAh A.jA)Ö bA.øA/ sA.NAt sAt ni tA/ lA.lu mA.kAn nA.si/]Masa berbuka puasa jangan minum banyak-banyak nanti tidak lalu makan nasi.
   4. melakukan sesuatu yang sia-siaApa yang hang dok melangut berejam-rejam kat kedai, belambak reja kat rumah yang hang buleh buat.[A.pA jAN hAN do/ m«.lA.Nut b«.Ò«.dZAm.Ò«.dZAm kAt k«.dAj b«.lAm.bA/ Ò«.dZA kAt Òu.mAh jAN hAN bu.leh bu.wAt]Apa yang awak duduk di kedai sia-sia sahaja berjam-jam lamanya, banyak kerja di rumah yang awak boleh lakukan.
merembiang[m«.Òem.bi.jAN]kata kerjamembawa banyak barang dengan kedua-dua belah tanganMak dok merembiang barang sampai jalan pon nak jatoh.[mA/ do/ m«.Òem.bi.jAN bA.ÒAN sAm.pAj dZA.lAn pon nA/ dZA.toh]Emak membawa banyak barang dengan kedua-dua belah tangan sehingga berjalan pun hendak terjatuh.
merendeh[m«.ÒEn.dEh]kata kerja1. membawa sesuatu yang banyak dengan tanganApa yang hang merendeh banyak sangat ni, hang balek dari pasa malam ka?[A.pA jAN hAN m«.ÒEn.dEh bA.øA/ sA.NAt ni hAN bA.le/ dA.Òi pA.sA mA.lAm kA]Apa yang awak bawa banyak sangat ini, awak balik dari pasar malam ke?
tinaih[ti.nAC]kata kerja1. menindih serangga kecil seperti kutu, pijat, semut dan lain-lain menggunakan ibu jariBanyak sangat kutu hang, lengoh aku nak tinaih.[bA.øA sA.NAt ku.tu hAN l«.Noh A.ku nA ti.nAC]Banyak sangat kutu awak, penat saya menindih dengan jari.
mengelau[m«.N«.lAw]kata kerjamemancing ikan haruan menggunakan buluh panjang dengan menggunakan umpan katak minyakSemalam ayah pi mengelau, banyak jugak dapat ikan ruan.[s«.mA.lAm A.jAh pi m«.N«.lAw bA.øA/ dZu.gA/ dA.pAt i.kAn Òu.wAn]Semalam ayah pergi memancing, banyak juga dapat ikan haruan.
pediah[p«.di.jAh]kata kerja1. mengambil sesuatu melebihi had sepatutnya; pidiahBarang tu hang patot bagi sama banyak, jangan pulak hang pediah kat hang sorang.[bA.ÒAN tu hAN pA.tot bA.gi sA.mA bA.øA dZA.NAn pu.lA hAN p«.di.jAh kAt hAN so.ÒAN]Barang itu sepatutnya awak bahagi sama banyak, jangan pula awak mengambilnya seorang diri.
bebedak[b«.bE.dA]kata kerjamengagih-agihkan sesuatu yang banyak (seperti benda, pekerjaan) kepada sekumpulan orang supaya setiap orang mendapat bahagian masing-masing; bedak.Sebelom dia mati lagi dia dah bebedak reta kat anak-anak dia.[s«.b«.lom di.jA mA.ti lA.gi di.jA dAh b«.bE.dA Ò«.tA kAt A.nA.A.nA di.jA]Sebelum dia meninggal dunia dia sudah membahagi-bahagikan harta kepada anak-anaknya.
bedak[bE.dA/]kata kerjamengagih-agihkan sesuatu yang banyak (seperti benda, pekerjaan) kepada sekumpulan orang supaya setiap orang mendapat bahagian masing-masing; bebedak.Malam ni ada mesyorat dekat rumah kenuri pasai nak bedak reja.[mA.lAm ni A.dA m«.S.ÒAt d«.kAt Òu.mAh k«.nu.Òi pA.sAj nA/ bE.dA/ Ò«.dZA]Malam ini ada mesyuarat di rumah kenduri sebab hendak mengagih-agihkan kerja.
12

Kembali ke atas