Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ker.ja] | بکرجا

Definisi : 1. melakukan atau menjalankan sesuatu atau berbagai-bagai kegiatan (usaha, tugas, dsb) utk menghasilkan (menyelesaikan, menyediakan, dll) sesuatu: setiap pegawai dan kakitangan yg lain ~ bersungguh-sungguh utk menghasilkan sebuah kamus yg baik; beberapa orang buruh sedang ~ keras membaiki jalan raya; 2. mengusahakan sesuatu atau melibatkan diri dlm kegiatan tertentu utk mencari nafkah (memperoleh pendapatan): ada antara mereka yg menjadi pengemis kerana malas ~; sebahagian besar drpd siswazah itu sudah pun ~; 3. pergi (menghadirkan diri) ke tempat kerja spt pejabat dll dan menjalankan tugas dan tanggungjawab: saya bercuti selama tiga hari dan akan balik ~ pd hari Khamis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ker.ja] | بکرجا

Definisi : membuat atau melakukan sesuatu kerja: Dia tidak ~ hari ini kerana sakit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Orang petani membuat dangau,
     Dibiar kosong tidak bekerja;
Berapa tinggi terbang bangau,
     Akhirnya di belakang kerbau juga.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Rajin bekerja mudah belanja.

Bermaksud :

Orang yang rajin bekerja tentulah hidupnya senang.

 

Lihat selanjutnya...(43)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
orang pompuan[o.ÒAN pom.pu.wAn] isteriOrang pompuan dia tak reja.[o.ÒAN pom.pu.wAn di.jA tA Ò«.dZA]Isterinya tidak bekerja.
   2.memberi gelaran kepada seseorang.Depa acan dia dokyok pasai dia reja mata-mata.[dE.pA A.tSAn di.jA do/.j/ pA.sAj di.jA Ò«.dZA mA.tA.mA.tA]Mereka menggelarnya dokyok kerana dia bekerja sebagai polis.
kolet[k.lEt]kata nama1. konduktor basDulu dia reja kolet baih, la ni dia bukak kedai makan.[du.lu di.jA Ò«.dZA k.lEt bAC lA ni di.jA bu.kA/ k«.dAj mA.kAn]Dulu dia bekerja sebagai konduktor bas, sekarang dia buka kedai makan.

Kembali ke atas