Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.la.can] | بلاچن

Definisi : sj bahan makanan yg dibuat drpd udang atau ikan kecil-kecil yg ditumbuk lumat, digunakan utk menyedapkan masakan, terasi; bagai ~ dikerat dua prb hal yg mendatangkan aib kpd kedua-dua belah pihak; spt kera kena ~ prb sangat gelisah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la.can] | بلاچن

Definisi : sj bahan penyedap makanan yg dibuat drpd udang atau ikan kecil-kecil yg ditumbuk lumat-lumat; terasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belacan

Puisi
 

Patah galah mudik ke Jelai,
     Membawa Cik Hassan dengan Cik Husin;
Apalah salah kita bercerai,
     Sabit belacan makan dek kucing.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kera (= monyet) kena belacan.

Bermaksud :

Sangat gelisah.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
garam belacan[gA.ÒAm b«.lA.tSAn ] sambal daripada cili, garam, belacan, gula dan kicap. Biasanya dimakan bersama-sama buah-buahan seperti jambu, mempelam muda dan lain-lain.   
bedesiu[b«.d«.si.ju]kata adjektif1. terlalu pedas.Sambai belacan tadi bedesiu, tapi sedap.[sAm.bAj b«.lA.tSAn tA.di b«.d«.si.ju tA.pi s«.dAp]Sambal belacan tadi terlalu pedas, tapi sedap.
laok rendang[lAo/ Ò«n.dAN] ikan goreng.Dia makan tak susah, ada laok rendang dengan sambai belacan cukop la.[di.jA mA.kAn tA/ su.sAh A.dA lAo/ Ò«n.dAN d«.NAn sAm.bAj b«.lA.tSAn tSu.kop lA]Dia tidak cerewet makan, ada ikan goreng dan sambal belacan cukuplah.
matah[mA.tAh]kata adjektifberkenaan dengan ketidakupayaan itik untuk berjalan setelah dikejarKalu itek matah bagi makan ayaq belacan atau ayaq selot.[kA.lu i.te/ mA.tAh bA.gi mA.kAn A.jA)Ö b«.lA.tSAn A.tAw A.jA)Ö s«.lot]Kalau itik tidak berupaya untuk berjalan berilah minum air belacan atau air selut.
mengicah[m«.Ni.tSAh]kata kerjamakan buah-buahan dengan garam belacan (sejenis sambal)Jom kita pi mengicah pelam kat bawah pokok jambu.[dZom ki.tA pi m«.Ni.tSAh p«.lAm kAt bA.wAh po.ko/ dZAm.bu]Mari kita pergi makan mempelam di bawah pokok jambu.

Kembali ke atas