Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.la.jar] | بلاجر

Definisi : berusaha utk memperoleh ilmu penge­­tahuan (sesuatu kepandaian dll), menun­tut ilmu pengetahuan dll, menjalani latihan, dsb: ~ bahasa Inggeris; ~ cara-cara ber­niaga; ~ bertukang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la.jar] | بلاجر

Definisi : 1 berusaha utk memperoleh ilmu pengetahuan, kepandaian dsb; menuntut ilmu: Sewaktu ~ di London dahulu, ia bekerja di B.B.C. secara sambilan. 2 berlatih supaya pandai atau mahir: ~ berenang; ~ mengaji. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belajar

Puisi
 

Dari mula Melayu tak jaga,
     Pasal belajar ilmu meniaga;
Kalau tahu rugi laba,
     Berat ringan kita boleh jangka.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Ayam baru belajar berkokok.

Bermaksud :

Baru cukup umur.

 

Lihat selanjutnya...(8)

174

He that would eat the fruit must climb the tree

Jika mahukan sesuatu, haruslah berusaha dengan kuat.

Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang

Finally, his dream to become the first Malaysian astronaut has been realized. Indeed he has been many sacrifices and it took so many years off studying and training. He that would eat the fruit must climb the tree.

Akhirnya, impiannya untuk menjadi angkasawan pertama Malaysia tercapai. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban dan bertahun-tahun lamanya dia belajar dan menjalani latihan. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
balai lintang[bA.lAj lin.tAN] binaan yang bersambung dengan binaan induk (seperti masjid, surau) untuk berbagai guna seperti sembahyang, makan, belajar dan lain-lain.Lepaih teraweh ada more bubur kacang kat balai lintang.[l«.pAC t«.ÒA.wEh A.dA m.rE bu.b)Ö kA.tSAN kAt bA.lAj lin.tAN]Lepas tarawih ada jamuan bubur kacang di balai lintang.
   2. berkenaan dengan seseorang yang dianggap tidak berkemampuan atau berkebolehan.Mengaji pon tak habeh lagi dah galak nak menikah.[m«.NA.dZi pon tA/ hA.beh lA.gi dAh gAlA/ nA/ m«.ni.kAh]Belajar belum pun habis lagi sudah galak hendak berkahwin.
loi[loj]kata adjektifberkenaan dengan seseorang yang pulang tanpa sesuatu (seperti barang atau kejayaan)Pi belajaq sampai luaq negeri, balek loi.[pi b«.lA.dZA)Ö sAm.pAj lu.wA)Ö n«.g«.Òi bA.le/ loj]Pergi belajar hingga keluar negeri, pulang tidak membawa apa-apa kejayaan.
kampoi II[kAm.poj]kata kerja1. melakukan sesuatu bersungguh-sungguh kerana terdesak.Dekat nak pereksa baru nak kampoi belajaq.[d«.kAt nA/ p«.ÒE/.sA bA.Òu nA/ kAm.poj b«.lA.dZA)Ö]Dekat nak periksa baru belajar bersungguh-sungguh.
sentot[s«n.tot]kata adjektif1. berkenaan dengan muka atau kelakuan seseorang disebabkan oleh sesuatu hal yang negatif contohnya apabila dimarahi, dituduh dan lain-lainAdek aku sentot pasai mak aku marah dia tak pi mengaji kuran.[A.de A.ku s«n.tot pA.sAj mA A.ku mA.ÒAh di.jA tA pi m«.NA.dZi kuÒ.An]Adik saya sentot sebab mak memarahinya kerana tidak pergi belajar al-Quran.
rembaih[Ò«m.bAC]kata kerjamemukul badan seseorang dengan menggunakan sesuatu (seperti kain, lidi, daun dan lain-lain)Mak dia rembaih dengan pelepah nyoq pasai dia tak pi mengaji.[mA di.jA Ò«m.bAC d«.NAn p«.l«.pAh ø)Ö pA.sAj di.jA tA pi m«.NA.dZi]Emak memukul badannya dengan menggunakan daun kelapa sebab dia tidak pergi belajar al-Quran.
melehe[m«.lE.hE]kata adjektifberkenaan dengan seseorang yang terlalu letihLepaih prektis sukan budak-budak habeh melehe, nak belajaq pon tak buleh.[l«.pAC pre/.tis su.kAn bu.dA/.bu.dA/ hA.beh m«.lE.hE nA/ b«.lA.dZA)Ö pon tA/ bu.leh]Lepas latihan sukan budak-budak terlalu letih, tidak boleh hendak belajar.

Kembali ke atas