Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ben.da] | بندا

Definisi : 1 sesuatu yg tidak diketahui benar-benar; apa-apa saja yg dikira secara umum; barang: Apa ~nya yg engkau bawa itu? 2 barang-barang yg berharga; harta: Arwah ayahnya tidak meninggalkan ~ apa jua pun. 3 segala yg berbentuk dan dpt dilihat serta dipegang; lwn roh. ~ hidup segala benda yg bernafas atau yg dpt bergerak. ~ mati segala benda yg tidak bernafas atau tidak bergerak. kebendaan 1 apa-apa yg berupa atau yg bersifat benda; yg mengenai benda. 2 yg bersifat mementingkan harta benda: golongan yg terlalu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata benda

Puisi
 

Apa benda dalam pasu,
     Rebus ketupat jadi batu;
Kalau berniaga kongsi bisu,
     Jangan untung rugi tak Berniaga/untung


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Kain pendinding miang,
     wang pendinding malu.

Bermaksud :

Segala sesuatu hendaklah digunakan pada tempatnya, supaya dapat mengambil faedah daripada benda-benda itu.

 

Lihat selanjutnya...(24)

13

A bad workman always quarrels with his tools

Orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula.

Sebab tak tahu menari, dikatakan lantai tinggi rendah.

She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad workman always quarrels with his tools.

Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah sebab tak tahu menari, dikatakan lantai tinggi rendah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
menatang[m«.nA.tAN]kata namabendaMenatang apa yang hampa makan tadi?[m«.nA.tAN A.pA jAN hAm.pA mA.kAn tA.di]Apa benda yang kamu semua makan tadi?
hareta meredak[hA.Ò«.tA m«.Ò«.dA/] pelbagai harta benda.Kalu kawaq masok dia tinggai jugak selai dua kaen burok, tapi kalu tebakaq habeh hareta meredak hanguih.[kA.lu kA.wA)Ö mA.so/ di.jA tiN.gAj dZu.gA/ s«.lAj du.wA kAen bu.Òo/ tA.pi kA.lu t«.bA.kA)Ö hA.beh hA.Ò«.tA m«.Ò«.dA/ hAN.guC]Kalau pencuri masuk dia tinggal juga sehelai dua kain buruk, tetapi kalau terbakar pelbagai harta benda akan hangus.
menikoih[m«.ni.koC]kata adjektifberkenaan dengan anak kucing yang aktifAnak kucin ni menikoih sunggoh, pantang tengok benda menguet.[A.nA/ ku.tSin ni m«.ni.koC suN.goh pAn.tAN tE.N/ b«n.dA m«.Nu.wet]Anak kucing ini sangat aktif, pantang tengok benda menguit.
belenja[b«.l«n.dZA]kata adjektif1. berkenaan dengan air liur yang sentiasa keluar.Ada benda hat aku mengidam tak dapat pasai tu anak aku belenja.[A.dA b«n.dA hAt A.ku m«.Ni.dAm tA dA.pAt pA.sAj tu A.nA A.ku b«.l«n.dZA]Ada benda makan yang saya idamkan tidak dapat sebab itulah anak saya sentiasa keluar air liurnya
   2. mengibas-ngibas dengan kuat sesuatu benda seperti kain, tikar dan lain-lainGeretok dulu kaen tu kalu nak pakai, kot-kot ada semut.[g«.Ò«.to du.lu kAen tu kA.lu nA pA.kAj kot.kot A.dA s«.mut]Kibas dulu kain itu kalau hendak pakai, kalau-kalau ada semut.
tembap[t«m.bAp]kata kerjamerapatkan dua benda hingga bersentuhanReta tembap dengan pintu pagaq.[ÒE.tA t«m.bAp d«.NAn pin.tu pA.gA)Ö]Kereta rapat dengan pintu pagar.
bedak[bE.dA/]kata kerjamengagih-agihkan sesuatu yang banyak (seperti benda, pekerjaan) kepada sekumpulan orang supaya setiap orang mendapat bahagian masing-masing; bebedak.Malam ni ada mesyorat dekat rumah kenuri pasai nak bedak reja.[mA.lAm ni A.dA m«.S.ÒAt d«.kAt Òu.mAh k«.nu.Òi pA.sAj nA/ bE.dA/ Ò«.dZA]Malam ini ada mesyuarat di rumah kenduri sebab hendak mengagih-agihkan kerja.
bebedak[b«.bE.dA]kata kerjamengagih-agihkan sesuatu yang banyak (seperti benda, pekerjaan) kepada sekumpulan orang supaya setiap orang mendapat bahagian masing-masing; bedak.Sebelom dia mati lagi dia dah bebedak reta kat anak-anak dia.[s«.b«.lom di.jA mA.ti lA.gi di.jA dAh b«.bE.dA Ò«.tA kAt A.nA.A.nA di.jA]Sebelum dia meninggal dunia dia sudah membahagi-bahagikan harta kepada anak-anaknya.
geretok[g«.Ò«.to]kata kerja1. mengetuk dengan buku jari atau menggunakan sesuatu bendaNak tidoq pon payah, hingaq bunyi tin budak dok geretok.[nA ti.d)Ö pon pA.jAh hi.NA)Ö bu.øi tin bu.dA do g«.Ò«.to]Nak tidur pun susah, bising bunyi tin budak sedang ketuk.
mengunyap[m«.Nu.øAp]kata kerjamengunyah sesuatu di dalam mulut yang tertutup (seperti mengunyah gula-gula getah)Apa menatang yang budak ni dok mengunyap dari tadi?[A.pA m«.nA.tAN jAN bu.dA/ ni do/ m«.Nu.øAp dA.Òi tA.di]Apa benda yang budak ini kunyah dari tadi?
12

Kembali ke atas