Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.ni] | براني

Definisi : 1. gagah (bukan pengecut), perkasa: adikku ialah seorang yg ~; 2. tidak takut, tabah menghadapi bahaya (kesulitan dll): fikiran ini tidak ada orang yg ~ menafikan; ~ lalat berani di belakang lawan (kalau berhadapan takut); ~ mati tidak takut mati; ~ udang tidak tetap hati, cemas hati; barisan (pasukan) ~ mati tentera yg berani mengorbankan jiwanya; ~ hilang tak hilang, ~ mati tak mati prb mengerjakan sesuatu hendaklah dgn keberanian; ~ malu, takut mati prb pengecut; ~ menjual, ~ membeli prb a) apa-apa yg dikerjakan (dikatakan), hendaklah ditimbang-timbang (jangan mengenai orang lain); b) tidak saja mahu menyuruh, mengerjakan pun mahu juga; ~ pegang, ~ tanggung = barang siapa ~ mengamang, tak dapat tidak melawan prb tiap-tiap yg dicakapkan akan berani pula dikerjakan; memberanikan 1. memberangsangkan, menggalakkan: kemenangan itu ~ lagi orangorang Islam; 2. = memberani-beranikan menjadikan (diri sendiri) berani, membuat (memaksa diri) supaya berani: “Saya tidak akan bimbang dgn tidak bersebab,” katanya dgn hati yg diberani-beranikan;keberanian kegagahan, keperkasaan: dia mendapat pangkat itu dgn ~ dan pengorbanan; pemberani sangat berani, orang yg sangat berani. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.ni] | براني

Definisi : ; batu ~ = besi ~ besi yg mempunyai tenaga utk menarik besi lain (mengandungi kuasa elektrik); ® semberani II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.ni] | براني

Definisi : tidak berasa takut menghadapi bahaya; tidak gentar menghadapi sesuatu: Orang yg ~ tidak akan mundur apabila berhadapan dgn musuh. ~ lalat pura-pura berani tetapi sebenarnya takut. ~ mati tidak takut mati. memberanikan membangkit-bangkitkan hati supaya berani; memberangsangkan: Saya ~ diri naik ke atas rakit dan mencuba memadamkan api itu dgn gebar. keberanian sifat(-sifat) berani: Cerita ttg ~ askar-askar Raja Haji menyerbu ke dlm kubu Belanda di Teluk Ketapang itu sungguh menggerunkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berani

Puisi
 

Hari Isnin kucing berlumba,
     Orang Tambirat berkayuh;
Berani jamin berani bawa,
     Di dalam surat mengata sungguh.


Lihat selanjutnya...(48)
Peribahasa

Barang siapa berani mengamang,
     tak dapat tidak berani melawan juga.

Bermaksud :

Berani berkata, tentulah berani berbuat. mengamang = menakut-nakuti.

 

Lihat selanjutnya...(39)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kahaq[kA.hA)Ö]kata adjektifberkenaan dengan tingkah laku seseorang yang kasar dan berani.Komando besanya nampak kahaq.[ko.mAn.do bE.sA.øA nAm.pA/ kA.hA)Ö]Komado biasanya kelihatan kasar dan berani.
cerodong III[tS«.ҍ.doN]kata adjektifterlalu berani hingga boleh memudaratkan diri.Awat yang cerodong sangat budak ni, bawak moto macam ribot.[A.wAt jAN tS«.ҍ.doN sA.NAt bu.dA ni bA.wA m.t mA.tSAm Òi.bot]Mengapa berani sangat budak ni, bawa motosikal macam ribut.
com[tSm]kata adjektif1. berkenaan dengan muka seseorang yang masamDepa tak berani tegoq dia pasai muka dia com semedang.[dE.pA tA b«.ÒA.ni t«.go)Ö di.jA pA.sAj mu.kA di.jA tSm s«.m«.dAN]Mereka tidak berani menegurnya sebab mukanya sentiasa masam.
demah[d«.mAh]kata kerjamenumbuk atau memukul seseorang di bahagian muka.Kena demah sebijik baru dia serek, tak berani nak cakap lagi.[k«.nA d«.mAh s«.bi.dZi bA.Òu di.jA s«.Òe tA b«.ÒA.ni nA tSA.kAp lA.gi]Kena tumbuk sekali baru dia serik, tidak berani hendak bersuara lagi.
hewan[hE.wAn]kata adjektifberkenaan dengan seseorang yang melakukan sesuatu yang kurang sopan (seperti bersiul, menggoyangkan kaki, menyanyi dan lain-lain)Baru umoq empat taon berani menari depan orang, hewan sunggoh.[bA.Òu u.m)Ö «m.pAt tAon b«.ÒA.ni m«.nA.Òi d«.pAn .ÒAN hE.wAn suN.goh]Baru berusia empat tahun sudah berani menari di hadapan orang ramai, sungguh kurang sopan.

Kembali ke atas