Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.sa] | براس

Definisi : 1. mendapat rasa (yg dialami oleh bahagian-bahagian badan): kakinya ~ sengal; seluruh badannya ~ sakit; 2. mempunyai rasa (manis, masam, pahit, dll): kerana banyak sangat garam, masakan itu ~ sangat masin; air ialah suatu cecair yg tidak berwarna, ~, atau berbau; 3. mengalami rasa di dlm hati (batin): orang Melayu lekas ~ tersinggung; ~ suka; ~ takut; 4. = dirasa, dirasai, terasa: rumahku ini tiada ~ rumahku lagi; maka ~ kpd dadanya spt kena panah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.sa] | براس

Definisi : 1 mempunyai atau beroleh rasa (terutama yg dialami oleh badan): Kedua-dua tangannya ~ lenguh. 2 ada rasanya (manis, masin dll). 3 mengalami rasa di dlm hati: ~ takut; ~ ngeri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rasa
1. Dalam konteks pelbagai rasa
bersinonim dengan manis, masam, masin, pahit, tawar, payau, pedas, maung, hambar, kelat,
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan fikir
( kira, ingat, agak, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : rasanya, rasa-rasanya, berasa, merasai, merasakan, terasa, perasaan, berperasaan, perasa, berperasa,

Puisi
 

Nasi sejuk dihurung semut,
     Bawa gonggong meniti petang;
Berasa sejuk kutarik selimut,
     Baru kutahu badan seorang.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Berjumpa dengan putih,
     terlesi sangat.

Bermaksud :

Tidak berasa puas dengan sesuatu yang telah diperoleh. lesi (lesih) = terlalu putih.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
seriau[s«.Òi.jAw]kata adjektifberasa tidak enak bagi pendengaran disebabkan oleh sesuatu seperti besi dikikir membawa kepada tidak enak pada bahagian mulut; singkeAku seriau bila doktor cuci gigi aku.[A.ku s«.Òi.jAw bi.lA do.tor tSu.tSi gi.gi A.ku]Saya berasa tidak enak bila doktor mencuci gigi saya.
perasan[p«.ÒA.sAn]kata adjektifberasa bangga dan menunjuk-nunjukPerasan la dia tu bila buleh bekepet dengan mem.[p«.ÒA.sAn lA di.jA tu bi.lA bu.leh b«.k«.pet d«.NAn mem]Banggalah dia itu apabila boleh berkepit dengan orang putih.
merenyau[m«.Ò«.øAw]kata adjektif1. berasa gatal di seluruh badan miangKot mana pon aku kena pi mandi jugak. Kalu tak mandi merenyau badan.[kot mA.nA pon A.ku k«.nA pi mAn.di dZu.gA/ kA.lu tA/ mAn.di m«.Ò«.øAw bA.dAn]Bagaimanapun saya perlu mandi juga. Kalau tidak mandi gatal badan.
kudong kepala[ku.doN k«.pA.lA] berasa teramat malu kerana sesuatu sebab.Aku rasa kudong kepala bila anak seniri kena cekop, pada hai aku ni tok imam.[A.ku ÒA.sA ku.doN k«.pA.lA bi.lA A.nA/ s«.ni.Òi k«.nA tS«.kop pA.dA hAj A.ku ni to/ i.mAm]Saya rasa teramat malu bila anak saya ditangkap berkhalwat pada halnya saya ini imam.
kembang tekak[k«m.bAN t«.kA/] berasa tidak berselera apabila melihat makanan yang tidak disukai.Tok kembang tekak tengok hotdog.[to/ k«m.bAN t«.kA/ tE.No/ hot.dog]Nenek tidak berselera tengok hotdog.
lan[lAn]kata adjektifterasa jijik, loya sehingga tidak lalu makan.Aku lan nak makan kat kedai mamak tu bila tengok dapoq dia.[A.ku lAn nA/ mA.kAn kAt k«.dAj mA.mA/ tu bi.lA tE.N/ dA.po)Ö di.jA]Saya berasa jijik hendak makan di kedai mamak itu apabila melihat dapurnya.
pinggan asahan[piN.gAn A.sA.hAn] pinggan kaca yang besar digunakan dalam majlis kenduri yang digunakan untuk menghidangkan nasi serta lauk pauk di dalamnya. Hidangan ini disajikan untuk empat orang pinggan tapak gajahSetengah orang geli nak makan nasik ramai-ramai dalam pinggan asahan.[s«.t«.NAh o.ÒAN g«.li nA mA.kAn nA.si ÒA.mAj.ÒA.mAj dA.lAm piN.gAn A.sA.hAn]Ada orang berasa geli hendak makan nasi beramai-ramai dalam pinggan asahan.
nyong[øN]kata kerjaberedar tanpa menoleh ke kiri atau kanan disebabkan oleh sesuatu (seperti merajuk, marah dan lain-lain)Dia rasa malu kot, tu yang dia nyong balek tak tegoq sapa.[di.jA ÒA.sA mA.lu kot tu jAN di.jA øN bA.le tA t«.go)Ö sA.pA]Agaknya dia berasa malu, sebab itu dia nyong balik tidak bertegur sapa.

Kembali ke atas