Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ca.kap] | برچاکڤ

Definisi : sl sanggup, berani (mengerjakan sesuatu): maka Sultan Mansur Shah pun memberi titah menyuruh menaiki Hang Kasturi, seorang pun tiada ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ca.kap] | برچاکڤ

Definisi : 1. berkata, berbicara, bertutur: perlembagaan menjamin tiap-tiap warganegara akan mendapat beberapa hak yg pokok spt kebebasan ~; wakil kita pandai ~ sahaja; 2. berbahasa: ~ Melayu; 3. berbual, berborak, bersembang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ca.kap] | برچاکڤ

Definisi : sanggup dan dpt melakukan atau membuat sesuatu: Siapakah antara kamu yg ~ menangkap pencuri itu? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ber.ca.kap] | برچاکڤ

Definisi : 1 menuturkan kata-kata; berkata: Ia memang pandai ~. 2 menggunakan sesuatu bahasa ketika bertutur; berbahasa: Ia pandai ~ Arab. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercakap

Puisi
 

Burung serindit makan nanas,
     Arang terap dalam padi;
Janganlah adik bercakap panas,
     Rasa sedih di dalam hati.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Bagai gelegar buluh.

Bermaksud :

Bercakap besar. gelegar = bunyi bergemuruh.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
rempang II[Ò«m.pAN]kata adjektifberkenaan dengan seseorang yang bercakap lepas atau bercakap banyak dan tidak menghormati orang lain atau majlisDia ni jeneh rempang, dalam mesyorat ada D.O pon dia tak heran.[di.jA ni dZ«.nEh Ò«m.pAN dA.lAm m«.S.ÒAt A.dA di.o pon di.jA tA hE.ÒAn]Dia ini suka cakap lepas, dalam mesyuarat yang dihadiri oleh Pegawai Daerah pun dia tidak hairan.
rabong[ÒA.boN]kata adjektifberkenaan dengan seseorang yang rajin bercakapAku tak larat nak dengaq dia punya cerita, pasai dia rabong sungguh.[A.ku tA lA.ÒAt nA d«.NA)Ö di.jA pu.øA tS«.Òi.tA pA.sAj di.jA ÒA.boN suN.goh]Saya tidak tahan hendak mendengar ceritanya, sebab dia rajin bercakap.
   2. berkenaan dengan bercakap banyak dengan nada suara yang tinggi berkenaan perempuanSora mami tu merancang, sakit telinga aku.[s.ÒA mA.mi tu m«.ÒAn.tSAN sA.kit t«.li.NA A.ku]Suara mami itu tinggi, sakit telinga saya.
   2. berkenaan dengan seseorang yang kerap bercakap.Diam la sikit, awat besiaq sangat hampa ni, orang nak dengaq dia becakap pulak.[di.jAm lA si.kit A.wAt bE.si.jA)Ö sA.NAt hAm.pA ni .ÒAN nA d«.NA)Ö di.jA b«.tSA.kAp pu.lA]Diamlah, mengapa besiaq sangat kamu ini, kami hendak mendengar ucapannya pula.
hebiaq[hE.bi.jA)Ö]kata adjektifbanyak bercakap.Mulot anak dara tu hebiaq, reja mengata orang.[mu.lot A.nA dA.ÒA tu hE.bi.jA)Ö Ò«.dZA m«.NA.tA .ÒAN]Mulut anak dara itu celupar, kerja mengata orang.
gelong[gE.lN]kata adjektifberkenaan dengan seseorang yang bercakap dan berkelakuan tidak rasional.Dia buat cerita kata reta dia buleh mot dua puloh orang, gelong betoi dia.[di.jA bu.wAt tS«.Òi.tA kA.tA ÒE.tA di.jA bu.leh mot du.wA pu.loh o.ÒAN gE.lN b«.toj di.jA]Dia mengada-adakan cerita konon keretanya boleh muat dua puloh orang, gelong sungguh dia.
capoi[tSA.poj]kata adjektif1. berkenaan dengan seseorang yang bercakap lepas.Mulot dia capoi sikit, aku takot orang kampong gat ati.[mu.lot di.jA tSA.poj si.kit A.ku tA.kot o.ÒAN kAm.poN hA.Nat A.ti]Mulut dia capoi sikit, saya takut orang kampung marah.
celapoi[tS«.lA.poj]kata adjektif1. berkenaan dengan seseorang yang bercakap lepasCelapoi sunggoh dia tu, patot ka dia kata kita ni kaki ampu bos.[tS«.lA.poj suN.goh di.jA tu pA.tot kA di.jA kA.tA ki.tA ni kA.ki Am.pu bos]Celapoi betul dia tu, adakah patut kata kita ni kaki ampu bos.
   2. menyangah perbualanCakap pandai sangat, kena payong teruih sengap.[tSA.kAp pAn.dAj sA.NAt k«.nA pA.joN t«.ÒuC s«.NAp]Bercakap pandai, kena sergah terus diam.
buat loi[bu.wAt loj] selamba.Aku dok becakap pasai hang, hang buat loi saja.[A.ku do/ b«.tSA.kAp pA.sAj hAN hAN bu.wAt loj sA.dZA]Saya sedang bercakap mengenai awak, awak selamba saja.

Kembali ke atas