Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ha.ti.ha.ti] | برهاتي - هاتي

Definisi : memberi perhatian (pertim­bang­an dsb) yg teliti (sewaktu melakukan sesuatu), berawas-awas, beringat-ingat, hemat, waspada: haruslah ~ memilih suami; dia sentiasa cermat dan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ha.ti.ha.ti] | برهاتي - هاتي

Definisi : berbuat sesuatu dgn hati-hati; beringat-ingat; berjaga-jaga: Ia ~ ketika membuat kerja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hati (kata nama)
Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;,
Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati,

Peribahasa

Air digenggam tiada tiris.

Bermaksud :

Sangat berhati-hati mengeluarkan wang. (Peribahasa lain yang sama makna: Sebagai kepiting batu).

 

Lihat selanjutnya...(16)

253

More haste, worse speed

Jika kita membuat sesuatu dengan tergesa-gesa, kita akan mudah melakukan kesilapan, dan akibatnya kerja itu lambat siap. (Peribahasa ini digunakan untuk menasihati seseorang supaya melakukan pekerjaan dengan lebih perlahan-lahan dan berhati-hati).

Terlalu cepat jadi lambat

She was scolded by our teacher for making a lot of mistakes in her mathematics. If she had done her sums slowly and carefully, she would have been allowed to go home early like the other students. Now, she has to stay behind and redo her work. Haste makes waste.

Dia dimarahi gurunya kerana membuat banyak kesilapan dalam latihan matematiknya. Kalaulah dia membuatnya dengan berhati-hati, tanpa tergesa-gesa, dia tentu akan dibenarkan pulang awal seperti pelajar lain. Sekarang dia terpaksa duduk di kelas dan membuat semula latihan tersebut. Terlalu cepat jadi lambat.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
bok baek[b bAe] berhati-hati dalam melakukan sesuatu.Ujan-ujan ni bawak reta bok baek sikit.[u.dZAn.u.dZAn ni bA.wA ÒE.tA b bAe si.kit]Hujan-hujan seperti ini bawa kereta berhati-hati sikit.
pedo[p«.d]kata kerjamelakukan sesuatu pekerjaan dengan penuh berhati-hati, teliti dan cermatHang kena pedo sikit masa dok pasang waya takot dia syot.[hAN k«.nA p«.d si.kit mA.sA do pA.sAN wA.jA tA.kot di.jA St]Awak perlu berhati-hati sedikit semasa memasang wayar bimbang berlaku litar pintas.
beceragah[b«.tS«.ÒA.gAh]kata adjektifberkenaan dengan sesuatu yang mencacak seperti paku, janggut, misai danBok baek bejalan tang tu, paku beceragah.[b/ bAe/ b«.dZ­A.lAn tAN tu pA.ku b«.tS«.ÒA.gAh]Berhati-hati apabila berjalan di situ, paku mencacak.
relah[Ò«.lAh]kata namakoyak berkenaan kainBok baek sikit pakai kaen pelekat tu pasai dah lama, takot relah.[b bAe si.kit pA.kAj kAen p«.lE.kAt tu pA.sAj dAh lA.mA tA.kot Ò«.lAh]Berhati-hati apabila memakai kain pelekat itu sebab sudah lama, bimbang terkoyak.

Kembali ke atas