Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ja.lan] | برجالن

Definisi : 1 bergerak dgn melangkahkan kaki: Tiap-tiap pagi, dia ~ ke sekolah. 2 bergerak dr satu tempat ke satu tempat: Kereta itu ~ perlahan-lahan. 3 berlangsung; berlaku: Mesyuarat itu ~ spt yg dijadualkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jalan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,

2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,

Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan,

Puisi
 

Berjalan kaki menuju ke paya,
     Singgah sekejap menggali cacing;
Wahai tuan saya bertanya,
     Di mana jari menyarung cincin.


Lihat selanjutnya...(66)
Peribahasa

Berjalan peliharakan kaki,
     berkata peliharakan lidah.

Bermaksud :

Hendaklah selalu beingat-ingat dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

 

Lihat selanjutnya...(37)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
matah[mA.tAh]kata adjektifberkenaan dengan ketidakupayaan itik untuk berjalan setelah dikejarKalu itek matah bagi makan ayaq belacan atau ayaq selot.[kA.lu i.te/ mA.tAh bA.gi mA.kAn A.jA)Ö b«.lA.tSAn A.tAw A.jA)Ö s«.lot]Kalau itik tidak berupaya untuk berjalan berilah minum air belacan atau air selut.
wang-wing[wAN-kata kerjaberjalan mundar-mandir tanpa tujuanHang kalu dok wang-wing kat Komtar dapat apa?[hAN kA.lu do wAN-.wiN kAt kom.tAr dA.pAt A.pA]Awak kalau asyik wang-wing di Komtar dapat apa?
beremba[b«.Ò«m.bA]kata kerjabergerak seperti berjalan, berlari, menunggang dalam satu kumpulan secara bersama.Jalan sempet pon depa beremba naek baskat.[dZA.lAn s«m.pet pon dE.pA b«.Ò«m.bA nAe/ bAs.kAt]Jalan sempit pun mereka beremba menunggang basikal.
becendoi[b«.tSEn.doj]kata kerja1. mengekori dengan rapat ketika berjalan (berkenaan orang atau haiwan).Tang mana saja mak dia pi, anak dia becendoi.[tAN mA.nA sA.dZA mA/ di.jA pi A.nA/ di.jA b«.tSEn.doj]Di mana sahaja emaknya pergi, anaknya mengekori dengan rapat.
manek koran[mA.nE/ k.rAn] penjaja keturunan arab yang menjaja barang dagangannya dengan berjalan kaki dr rumah ke rumah. Barang dagangannya ialah seperti batu cincin, minyak wangi, quran, muqadam, tasbih dan lain-lain. Biasanya batu cincin diletakkan dalam peti berkaca.Tok habaq cincin dengan rantai yang dia pakai tu dia beli kat manek koran.[to/ hA.bA)Ö tSin.tSin d«.NAn ÒAn.tAj jAN di.jA pA.kAj tu di.jA b«.li kAt mA.nE/ k.rAn]Nenek beritahu cincin dan rantai yang dipakainya itu dibeli daripada penjaja Arab.
melelong[m«.lE.lN]kata adjektifberkenaan dengan pergerakan atau percakapan yang tidak menentuOrang mabok kalu jalan pon melelong.[.ÒAN mA.bo/ kA.lu djA.lAn pon m«.lE.lN]Orang mabuk kalau berjalan pun melelong.
beceragah[b«.tS«.ÒA.gAh]kata adjektifberkenaan dengan sesuatu yang mencacak seperti paku, janggut, misai danBok baek bejalan tang tu, paku beceragah.[b/ bAe/ b«.dZ­A.lAn tAN tu pA.ku b«.tS«.ÒA.gAh]Berhati-hati apabila berjalan di situ, paku mencacak.
merembiang[m«.Òem.bi.jAN]kata kerjamembawa banyak barang dengan kedua-dua belah tanganMak dok merembiang barang sampai jalan pon nak jatoh.[mA/ do/ m«.Òem.bi.jAN bA.ÒAN sAm.pAj dZA.lAn pon nA/ dZA.toh]Emak membawa banyak barang dengan kedua-dua belah tangan sehingga berjalan pun hendak terjatuh.

Kembali ke atas