Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ki.lat] | برکيلت

Definisi : 1. memancarkan kilat, mengeluar­kan (menyinarkan) cahaya yg menyerupai kilat; 2. = berkilat-kilat, mengilat ber­sinar-sinar, bercahaya berkilap (gemerlap), berkilauan, gilap: beliau berpakaian Melayu warna hitam ~; ia menerkam dgn pisau yg berkilat-kilat di tangannya; belum ~ sudah berbalam, bulan sangkap tiga puluh prb perkara (hal) yg sudah cukup jelas (terang); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ki.lat] | برکيلت

Definisi : mengeluarkan kilat; bercahaya; berkilau: Kasutnya hitam ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkilat

Puisi
 

Sikat rambut berkilat-kilat,
     Tikar bantal dengan tilam;
Minum sedikit menjadi ubat,
     Tuan laksana air nilam.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Di luar berkilat di dalam berongga.

Bermaksud :

Lahirnya baik, batinnya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Di luar bagai madu, di dalam bagai empedu).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
merelit[m«.Ò«.lit]kata adjektif1. berkilat dan berkilau (berkenaan logam seperti emas, aluminium tembaga)Merelit betoi reta hang, hang pakai apa?[m«.Ò«.lit b«.toj ÒE.tA hAN hAN pA.kAj A.pA]Sungguh berkilat dan berkilau kereta awak, awak guna apa?
merelap[m«.Ò«.lAp]kata adjektifberkilat dan bersinar (berkenaan logam, lantai, perkakas rumah dan lain-lain)Hotel besaq tu lantai dia merelap.[ho.tel b«.sA)Ö tu lAn.tAj di.jA m«.Ò«.lAp]Hotel besar itu lantainya berkilat dan bersinar.

Kembali ke atas