Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.main] | برماءين

Definisi : 1. melakukan sesuatu utk berse­nang-senang atau bersuka-suka: Amin belajar, ~, bekerja dan berehat dgn berpedomankan jadual waktu itu; ~ badminton; 2. bermukah dgn, berjahat dgn: sekali persetua Sultan Mahmud Shah ~ dgn isteri Tun Biajid; 3. = bermain-main muncul, timbul, dan meng­ganggu (fikiran dsb): paling ditakuti apabila bayang-bayang peristiwa itu sering ~ di ruang matanya; kesemua persoalan itu tidak henti-henti ~ di kepalanya hingga kadang-kadang sukar untuk melelapkan matanya; ~ dgn kata-kata menggunakan kata-kata dgn berbagai-bagai cara dan gaya; ~ tangan meng­gunakan ketangkasan tangan; ~ tangan pan-jang memegang-megang (meraba-raba) pe­rempuan; ~ akal (budi) prb mengenakan tipu daya (tipu muslihat); ~ air basah, ~ api letup, ~ pisau luka prb tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan ada akibatnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.main] | برماءين

Definisi : berbuat sesuatu utk bersenang-senang atau utk bersuka-suka; melakukan sesuatu utk menyenangkan hati atau utk berehat-rehat: Pergilah keluar ~, apabila kamu telah lama belajar. ~ bola; ~ catur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Bukan sengaja saya berkain,
     Saya berkain menutup tubuh;
Bukan sengaja saya bermain,
     Saya bermain bersungguh-sungguh.


Lihat selanjutnya...(84)
Peribahasa

Main air basah,
     main api letur,
main pisau luka.

Bermaksud :

Tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan akan meninggalkan akibatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bermain air basah, bermain api letur, bermain pisau luka).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
lambot kelin[lAm.bot k«.lin] permainan batu seremban.Masa rehat budak-budak suka maen lambot kelin.[mA.sA Òe.hAt bu.dA/.bu.dA/ su.kA mAen lAm.bot k«.lin]Waktu rehat budak-budak suka bermain batu seremban.
timang[ti.mAN]kata kerjamengangkat bola secara berulang-ulang dengan menggunakan kakiKalu nak maen sepak raga hang kena pandai timang.[kA.lu nA/ mAen sE.pA/ ÒA.gA hAN k«.nA pAn.dAj ti.mAN]Kalau hendak bermain sepak raga awak perlu pandai timang.
toi[toj]kata namapermainan melibatkan dua kumpulan yang memerlukan had kawasan tertentu.Lepaih teraweh kami pakat maen toi kat laman rumah.[l«.pAC t«.ÒA.wEh kA.mi pA.kAt mAen toj kAt lA.mAn Òu.mAh]Selepas tarawih kami bermain toi di halaman rumah.
becempera[b«.tS«m.p«.ÒA]kata kerjalari bertempiaran kerana dikejar atau terkejut.Orang hat dok maen judi tu pon lari bercempera bila nampak mata-mata mai.[o.ÒAN hAt do mAen dZu.di tu pon lA.Òi b«.tS«m.p«.ÒA bi.lA nAm.pA/ mA.tA.mA.tA mAj]Orang yang sedang bermain judi itu pun lari bertempiaran apabila melihat polis datang.

Kembali ke atas