Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pu.sing] | برڤوسيڠ

Definisi : 1. berputar (baling-baling, kipas, roda, dll): enjin sebuah motokar ~ 4 12 kali tiap-tiap kali rodanya ~; bumi ~ di paku alamnya; 2. beralih hala, berubah arah: kanak-kanak disuruh menghadap ke arah utara, kemudian disuruh ~ ke arah timur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pu.sing] | برڤوسيڠ

Definisi : 1 bergerak berkeliling; berlegar: Setengah jam lamanya, kapal terbang itu ~ di atas bandar Kuala Lumpur sebelum mendarat di Subang. Selepas ~ di Kuala Lumpur, kami balik semula ke Kelang. 2 bergerak di atas paksinya sendiri (bkn roda, gasing dll); berputar; berkisar: Kipas itu ~ dgn ligatnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pusing
Kata Terbitan : berpusing, berpusing-pusing, memusingkan, pusingan, pemusingan,

Puisi
 

Burung merbuk burung merpati,
     Terbang berpusing hala bendang;
Wajah elok menawan hati,
     Siang malam hamba terkenang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Ibarat gasing: berpaku tetap berpusing,
     tak berpaku merayau.

Bermaksud :

Lelaki yang sudah beristeri, biar bagaimanapun ia berjalan namun ia tetap akan kembali ke rumahnya juga.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
meriteh[m«.Òi.teh]kata adjektifberkenaan dengan gasing yang berpusing tidak ligat dan melompat-lompat.Gasin aku meriteh, aku kena pebetoi paku dia.[gA.sin A.ku m«.Òi.teh A.ku k«.nA p«.b«.toj pA.ku di.jA]Gasing saya berpusing tidak ligat dan melompat-lompat, saya perlu membaiki pakunya.
jip[dZip]kata kerjamengambil gasing yang sedang berpusing dengan menggunakan tali.Lekaih jip, sapa lambat gasin dia kena tahan.[l«.kAC dZip sA.pA lAm.bAt gA.sin di.jA k«.nA tA.hAn]Cepat jip, siapa lambat gasingnya kena tahan.
payong[pA.joN]kata kerja1. memangkah gasing yang sedang berpusingAku payong dulu lepaih tu baru giliaq hang.[A.ku pA.joN du.lu l«.pAC tu bA.Òu gi.li.jA)Ö hAN]Saya pangkah gasing dahulu selepas itu baru giliran awak.

Kembali ke atas