Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata besar;

Puisi
 

Rumah besar alang besar,
     Rumah datuk permaisuri;
Kalau tidak hajat besar,
     Bilakah tuan datang ke mari.


Lihat selanjutnya...(82)
Peribahasa

Besar,
     besar gunung dipandang;
kecil,
     kecil hutang disandang.

Bermaksud :

Hutang itu walau sedikit sekalipun berat juga bagi orang yang menanggungnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil gunung dipandang, besar hutang disandang).

 

Lihat selanjutnya...(235)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
sendo[sEn.do]kata adjektifberkenaan dengan saiz badan yang besarBini dia sendo, tengok ke laki tak padan.[bi.ni di.jA sEn.do tE.No/ k« lA.ki tA/ pA.dAn]Isterinya berbadan besar, lihat suaminya tidak sepadan.
gabai[gA.bAj]kata adjektifberkenaan dengan sesuatu yang besar.Tak cantek baju tu hang pakai, nampak gabai.[tA tSAn.tE bA.dZu tu hAN pA.kAj nAm.pA gA.bAj]Tidak cantik baju itu awak pakai, nampak besar.
ikan daen[i.kAn dAen] isi ikan kering yang besarIkan daen sedap goreng buboh bawang dengan cabai kerin[i.kAn dAen s«.dAp go.ÒeN bu.boh bA.wAN d«.NAn tSA.bAj k«.Òin]Isi ikan kering yang besar sedap digoreng bersama bawang dan cili kering.
gebok[gE.b/]kata adjektifberkenaan dengan badan seseorang yang besar dan pendek.Dalam ramai adek beradek depa dia sorang gebok, yang laen besaq agam.[dA.lAm Ò­A.mAj A.de/.ÒA.de/ dE.pA di.jA s.ÒAN gE.b/ jAN lAen b«.sA)Ö A.gAm]Dalam ramai-ramai adik beradik mereka dia seorang yang besar dan pendek, yang lain besar ragam.
bagok[bA.g]kata adjektifbesar dan tinggi berkenaan badan manusia atau haiwan.Budak ni bagok sunggoh, pasai tu baju pak dia pon dia buleh pakai.[bu.dA ni bA.g suN.goh pA.sAj tu bA.dZu pA di.jA pon di.jA bu.leh pA.kAj]Budak ni besar sungguh, sebab itu pakai bajunya pun dia boleh pakai.
merebiang[m«.ÒE.bi.jAN]kata adjektifberkenaan dengan pakaian yang dipakai lebih besar daripada saiz yang sepatutnyaDia naek moto pakai jubah nampak merebiang.[di.jA nAe/ m.t pA.kAj dZu.bAh nAm.pA/ m«.ÒE.bi.jAN]Dia menunggang motorsikal memakai jubah nampak besar.
meruah[m«.Òu.wAh]kata kerja1. membuang air besarHari ni saja dah berapa kali dia meruah, silap makan kot.[hA.Òi ni sA.dZA dAh b«.ÒA.pA kA.li di.jA m«.Òu.wAh si.lAp mA.kAn kot]Hari ini saja sudah berapa kali dia membuang air besar, tersilap makan agaknya.
kokak[k.kA/]kata kerjamenggigit sesuatu yang keras dan rapuh dengan cara membuka mulut dengan luas.Jambu tu besar sangat, tak buleh nak kokak.[dZAm.bu tu b«.sA)Ö sA.NA­t tA/ bu.leh nA/ k.kA/]Jambu itu sangat besar, susah hendak menggigitnya.
gelambiaq[g«.lAm.bi.jA)Ö]kata adjektif1. berkenaan dengan pakaian yang besar dan terbuai-buaiMak beli baju tu tak kena, nampak gelambiaq bila adek pakai.[mA b«.li bA.dZu tu tA k«.nA nAm.pA g«.lAm.bi.jA)Ö bi.lA A.de pA.kAj]Mak beli baju itu tidak kena, nampak besar bila adik pakai.
tikaq sila[ti.kA)Ö si.lA] kusyen besar tempat duduk pengantinDepa tak boh tikaq sila masa kutbah tadi[dE.pA tA/ bh ti.kA)Ö si.lA mA.sA kut.bAh tA.di]Mereka tidak meletakkan tikarq sila semasa akad nikah tadi.
123

Kembali ke atas