Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.li/] | بيليق

Definisi : 1. ruang dlm rumah (bangunan dsb) yg bersekat dgn dinding dan berpintu, kamar: dia masuk ke dlm ~; 2. ruang yg tersekat, petak kecil; ~ jantung dua ruang pd bahagian bawah jantung utk mengedarkan darah dlm tubuh, ventrikel; ~ air = ~ mandi ruang tempat mandi (membuang air, membasuh dll); ~ baca(an) ruang di perpustakaan dll tempat membaca; ~ (ber)solek ruang tempat (pengantin dll) bersolek; ~ dapur ruang tempat memasak; ~ gelap ruang gelap tempat membuat (mencuci) gambar; ~ gerakan bilik tempat merencanakan sesuatu rancangan (pembangunan dll); ~ kawalan bilik tempat menjalankan sesuatu operasi kawalan keselamatan dsb; ~ kebal bilik khas yg kukuh binaannya, biasanya digunakan utk menyimpan wang atau barang berharga: peti keselamatan itu di ~ kebal syarikat kewangan itu; ~ kuliah ruang tempat memberi kuliah di universiti; ~ lokar bilik yg disediakan dgn lokar utk menyimpan barang peribadi, menyalin pakaian dsb, biasanya terdapat di pusat sukan, pusat pengajian dll; ~ makan ruang tempat makan; ~ mayat bilik tempat menyimpan mayat di hospital sebelum dituntut oleh ahli waris utk dikebumikan dsb; ~ menanti = ~ menunggu bilik yg dikhaskan utk menunggu (giliran, kapal terbang, dsb) di sesuatu tempat (klinik, hospital, lapangan terbang, dsb); ~ pengawal bilik khas tempat petugas (polis, warden dsb) berkawal; ~ persalinan bilik kecil tempat menyalin pakaian; ~ rehat ruang tempat berehat; ~ tamu a) bilik di rumah yg dikhaskan utk tetamu beristirahat (tidur dsb); b) bilik di sesebuah institusi yg dikhaskan utk tetamu dan warga institusi berbincang dsb; c) bilik tempat tetamu menginap di hotel; ~ tidur ruang tempat tidur; berbilik mempunyai bilik, berkamar: rumah pangsa ~ dua; berbilik-bilik mempunyai banyak bilik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.li/] | بيليق

Definisi : Jw tepas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.li/] | بيليق

Definisi : 1 anyaman drpd bilah-bilah buluh (utk dinding dsb). 2 ruang yg diberi berdinding dlm rumah dsb. ~ air ruang tempat mandi-manda, membasuh dll. ~ dapur ruang dlm rumah tempat memasak. ~ gerakan ruang tempat merencanakan sesuatu rancangan pembangunan dsb. ~ kawalan bilik tempat menjalankan sesuatu operasi kawalan keselamatan dsb. ~ kebal bilik khas yg kukuh binaannya, biasanya digunakan sbg tempat menyimpan wang atau barang berharga. ~ kuliah ruang tempat memberi atau menerima kuliah di universiti dsb. ~ makan ruang khas tempat makan. ~ mayat bilik tempat menyimpan mayat, di hospital, sebelum dituntut oleh waris utk urusan pengebumian. ~ tamu bilik yg dikhaskan utk tetamu di sesuatu tempat spt di rumah, di pejabat, dan di hotel. ~ tidur ruang tempat tidur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bilik

Puisi
 

Ke bilik ke dapur,
     Gulai ayam pedas;
Itik yang bertelur,
     Ayam yang menetas.


Lihat selanjutnya...(10)

Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
pancoq[pAn.tSo)Ö]kata kerjabilik airPancoq rumah kampong kolah dia besaq-besaq.[pAn.tSo)Ö Òu.mAh kAm.poN ko.lAh di.jA b«.sA)Ö.b«.sA)Ö]Rumah kampung bilik airnya berkolah besar.
tahaq[tA.hA)Ö]kata kerjamendenda atau menghukumSatu kelaih kena tahaq pasai hingaq[sA.tu k«.lAC k«.nA tAhA)Ö pA.sAj hi.NA)Ö]Satu bilik darjah didenda sebab bising.
tejeremoh[t«.dZ«.Ò«.moh]kata kerjaterserempakAku tejeremoh dengan ulaq kat pancoq.[A.ku t«.dZ«.Ò«.moh d«.NAn u.lA)Ö kAt pAn.tSo)Ö]Saya terserempak dengan ular dalam bilik air.
mengaum[m«.NA.um]kata adjektifbau yang amat busuk seperti najis, bangkai dan lain-lainMengaum sunggoh bilek ni, ada tikuih mampuih kot.[m«.NA.um suN.goh bi.le/ ni A.dA ti.kuC mAm.puC kot]Busuk sungguh bilik ini, ada tikus mati agaknya.
kot-kot[kot.kot]kata tugasbarangkali, agak-agak, kalau-kalauCo hang pi tengok dalam bilek kot-kot dia ada.[tSo hAN pi tE.No/ dA.lAm bi.le/ kot.kot di.jA A.dA]Cuba awak pergi tengok dalam bilik kalau-kalau dia ada.
bekelon[b«.k«.lon]kata adjektifberkenaan dengan asap yang nampak naik secara perlahan-lahan ke udara.Ada orang isap rokok kat pancoq, nampak asap bekelon.[A.dA .ÒAN i.sAp ҍ.k kAt pAn.tS)Ö nAm.pA/ A.sAp b«.k«.lon]Ada orang menghisap rokok dalam bilik air, nampak asap bekelon.
gerodek[g«.Òo.dE/]kata kerjamenggerak-gerakkan tangan atau menggunakan sesuatu yang lain (seperti kayu, buluh, besi dan lain-lain) secara berulang-ulang; gerodak, rodak, rodekTulong gerodek sat lubang kunci pintu bilek, telekat menatang apa tak tau.[tu.loN g«.Òo.dE/ sAt lu.bAN kun.tSi pin.tu bi.le/ t«.l«.kAt m«.n­A.tAN A.pA tA/ tAw]Tolong gerodek lubang kunci pintu bilik, tidak tahu apa benda yang tersumbat.

Kembali ke atas