Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bim.bang] | بيمبڠ

Definisi : berasa gelisah atau tidak sedap hati kerana memikirkan sesuatu atau takut sesuatu yg tidak diingini berlaku, khuatir, risau: perasaan ~nya itu akhirnya bertukar menjadi perasaan takut pula; seluruh keluarganya ~ apabila dia tidak pulang-pulang; tak usah ~, gula di dlm mulut, bila hendak telan, telan prb apa yg dikhuatirkan lagi, benda itu sudah dlm milik kita; berbimbang; ~ hati berasa bimbang (khuatir, risau); membimbangkan menimbulkan rasa bimbang (khuatir, risau), mengkhuatirkan, merisaukan: ugutan perempuan itu ~ hatinya; pandangannya itu ~ Hilmi;kebimbangan perihal bimbang (khuatir, risau), kekhuatiran, kerisauan: setelah kejadian itu, dia tetap dlm ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bim.bang] | بيمبڠ

Definisi : 1 (berasa) tidak tetap hati atau ragu-ragu: Dia masih ~ ttg kejujuran orang muda itu. 2 (berasa) gelisah atau tidak sedap hati kerana memikirkan sesuatu; (berasa) takut akan berlakunya sesuatu: Oleh sebab Muhammad masih juga ~ ttg wahyu yg diterimanya, maka Khadijah memujuknya. berbimbang berasa bimbang. membimbangkan menyebabkan menjadi bimbang; mengkhuatirkan: Kelakuan anaknya itu sungguh-sungguh ~ hatinya. kebimbangan keadaan atau rasa bimbang; keraguan; kecemasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bimbang

Puisi
 

Apa bunyi berderang-derang,
     Itulah bunyi kulit kerang;
Ingat bimbang zaman sekarang,
     Sedikit yang betul banyak yang kurang.


Lihat selanjutnya...(26)

Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
wah-wah[wAh.wAh]kata adjektifgelisah, bimbangKami mola wah-wah pasai sampai pukoi dua belaih dia tak mai lagi.[kA.mi m.lA wAh.wAh pA.sAj sAm.pAj pu.koj du.wA b«.lAC di.jA tA/ mAj lA.gi]Kami mula gelisah kerana sehingga pukul dua belas dia belum datang.
relah[Ò«.lAh]kata namakoyak berkenaan kainBok baek sikit pakai kaen pelekat tu pasai dah lama, takot relah.[b bAe si.kit pA.kAj kAen p«.lE.kAt tu pA.sAj dAh lA.mA tA.kot Ò«.lAh]Berhati-hati apabila memakai kain pelekat itu sebab sudah lama, bimbang terkoyak.
rogeh[ҍ.geh]kata kerjamenggoyang-goyangkan sesuatu (seperti paku, kayu dan lain-lain) dengan tujuan untuk melonggar atau mencabutnyaTok wan dok rogeh paku kat dindin takot kena cucu dia.[to wAn do ҍ.geh pA.ku kAt din.din tA.kot k«.nA tSu.tSu di.jA]Datuk menggoyang-goyangkan paku di dinding bimbang terkena cucunya.
pedo[p«.d]kata kerjamelakukan sesuatu pekerjaan dengan penuh berhati-hati, teliti dan cermatHang kena pedo sikit masa dok pasang waya takot dia syot.[hAN k«.nA p«.d si.kit mA.sA do pA.sAN wA.jA tA.kot di.jA St]Awak perlu berhati-hati sedikit semasa memasang wayar bimbang berlaku litar pintas.

Kembali ke atas