Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.doh] | بودوه

Definisi : sukar mengerti atau mempelajari sesuatu, bebal, dungu, tolol: ~ sangat budak ini; masa ~ Id a) tidak acuh, tidak menghiraukan: dlm hal ini kita tidak boleh bersikap masa ~; b) perkara awak (bukan soal saya): itu masa ~ awak; ~ alang agak bodoh; ~ sepat nampaknya bodoh, tetapi sebenarnya tidak; ~ sombong tidak cerdik, tetapi enggan pula menerima fikiran, pertolongan, dsb orang lain; sebodoh-bodoh bagaimana (betapa) bodoh sekalipun: ~ aku, rasanya aku tidak akan menyerah kalah dgn begitu sahaja; membodohkan 1. menjadikan bodoh, membiarkan bodoh: budak itu dibodohkan oleh emak tirinya dgn tidak memasukkannya ke sekolah; 2. menganggap bodoh; 3. mengakali, menipu: aku hendak tahu apa maksudmu ~ aku; kebodohan 1. perihal bodoh, kebebalan, kedunguan, ketololan; 2. Jk kesalahan, kekeliruan; kebodoh-bodohan agak bodoh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bo.doh] | بودوه

Definisi : tidak mudah mengerti ketika mempelajari sesuatu; tidak pandai: Orang ~ tidak dpt membezakan mana yg baik dan mana yg tidak. membodohkan, = membodoh-bodohkan 1 membiarkan bodoh; menjadikan bodoh. 2 menganggap bodoh; memperlakukan sbg orang bodoh: Jangan suka ~ orang lain. 3 menipu; mengakali. kebodohan sifat atau keadaan bodoh; kedunguan: Beliau tertawa memikirkan ~ Pak Kaduk yg mudik ke hulu ketika air surut. sebodoh-bodoh bagaimana bodoh sekalipun: ~ aku, aku tidak akan menyerah kalah begitu saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bodoh

Puisi
 

Sayang Cina anak Cinaku,
     Jawa bodoh balik ke Bugis;
Jangan berniaga barang tak laku,
     Hingga berlapuk jual tak habis.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bodoh tak dapat diajar,
     pandai tak dapat mengajar.

Bermaksud :

Berlagak pandai dan tiada mahu menurut bicara orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bingung tak dapat diajar, cerdik tak dapat diikuti).

 

Lihat selanjutnya...(67)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
samdol[sAm.dol]kata adjektifberkenaan dengan seseorang yang sangat bodohHang ni samdol betoi, laen aku suroh, laen hang buat.[hAN ni sAm.dol b«.toj lAen A.ku su.Òoh lAen hAN bu.wAt]Kamu ini tersangat bodoh, lain yang saya suruh, lain yang kamu buat.
bodo piang[bo.d pi.jAN] terlalu bodoh.Ali tu memang bodo piang, laen kita suroh laen dia buat.[A.li tu m«.mAN bo.d pi.jAN lAen ki.tA su.Òoh lA.en di.jA bu.wAt]Ali tu memang terlalu bodoh, lain kita suruh lain dia buat.
ngong[NN]kata adjektiftersangat bodohAwat yang ngong sangat hang ni, soalan senang lagu ni pon tak buleh jawap.[A.wAt jAN NN sA.NAt hAN ni s.A.lAn jAN s«.nAN mA.tSAm ni pon tA bu.leh dZA.wAp]Mengapa awak terlalu bodoh, soalan senang seperti ini pun tidak boleh jawab.
botoi [bo.toj] kata nama[bo.toj]kata kerjabohong.Hang nampak dia bodo tapi pasai duet hang jangan nak botoi dia.[hAN nAm.pA di.jA bo.d tA.pi pA.sAj du.wet hAN dZA.NAn nA bo.toj di.jA]Awak nampak dia bodoh tapi mengenai duit awak jangan hendak membohonginya.
pelemah[p«.l«.mAh]kata kerjamenipu atau memperdaya seseorangHang tok sah dok pelemah dia tu. Apa hang pikiaq dia bodo ka?[hAN to sAh do p«.l«.mAh di.jA tu A.pA hAN pi.ki.jA)Ö di.jA bo.d kA]Awak jangan asyik menipu dia. Apa awak ingat dia bodoh ke?
kumboi[kum.boj]kata namaketulan berwarna putih di dalam kelapa yang sedang bercambah.Kata orang tua-tua kalu budak-budak makan kumboi sat ni jadi bodo.[kA.tA .ÒAN tu.wA.tu.wA kA.lu bu.dA/.bu.dA/ mA.kAn kum.boj sAt ni dZA.di bo.d]Kata orang tua-kalau budak-budak makan ketulan di dalam kelapa nanti jadi bodoh.

Kembali ke atas