Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.buh] | بوبوه

Definisi : ; membubuh 1. menaruh, meletakkan sesuatu: tanah ini boleh disuburkan semula dgn ~ baja; ~ harga menaruh (menentukan) harga; 2. menaruhkan, menambahkan: rantai itu dibubuh di pangkalan supaya kapal tidak boleh lalu; jangan lupa ~ tanda ringgit dan titik; 3. menulis, memasukkan (dlm surat, laporan, dll), menempatkan (huruf, tanda, dll dlm tulisan): segala kelakuan perang itu dibubuhnya dlm surat itu; ~ angka dua memberi berangka dua; ~ awalan dan akhiran memberi berawalan dan berakhiran; ~ koma menempatkan koma; ~ tandatangan menandatangani;membubuhi menaruh sesuatu, meletakkan sesuatu, menambah sesuatu dgn: bajunya berkembang besar dan dibubuhi kain yg lain warnanya;bubuhan 1. sesuatu yg dibubuh; 2. Id bunyi atau rangkaian bunyi yg dibubuh pd kata pokok (awalan, akhiran, dan sisipan); pembubuhan penaruhan, penempatan, penambahan: ~ tandatangan pd surat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.buh] | بوبوه

Definisi : ; membubuh menaruh atau meletakkan sesuatu: Tanah itu dpt disuburkan kembali dgn ~ baja. membubuhi menaruh pd; meletakkan pd; mengisikan sesuatu ke dlm: Ia ~ botol itu air teh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bubuh

Puisi
 

Bubuh di atas dulang suasa,
     Beri minum ratu Majapahit;
Mustahil kan hilang penyakit cinta,
     Jika tak dapat tidur pun sakit.


Lihat selanjutnya...(8)

Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
sogek[so.gE/]kata namagumpalan tembakau atau cebisan curut yang digosok pada gigiDalam filem Ibu Mertuaku, Mak Dara bubuh sogek bawah bibiaq.[dA.lAm fi.lem i.bu m«Ò.tu.wA.ku mA/ dA.ÒA bu.boh so.gE/ bA.wAh bi.bi.jA)Ö]Dalam filem Ibu Mertuaku, Mak Dara meletakkan gumpalan tembakau di bawah bibirnya.
menyerama[m«.ø«.ÒA.mA]kata kerja1. berebutBuboh dadah kue dalam pinggan sat gi orang menyerama.[bu.boh dA.dAh kue dA.lAm piN.gAn sAt gi .ÒAN m«.ø«.ÒA.mA]Bubuh siap-siap kuih dalam pinggan nanti orang berebut.
bengkak berok[b«N.kA b«.Òo] bengkak di pangkal rahang, beguk; bengkak cantek.Kalu jadi bengkak berok, boh nila.[kA.lu dZA.di b«N.kA b«.Òo boh ni.lA]Kalau kena beguk, bubuh nila.

Kembali ke atas