Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sangat menarik apabila dipandang (bkn orang perempuan, rupa muka, bangunan, benda, pemandangan, dll), sangat elok (bagus, molek): gadis yg ~; barang-barang perhiasan yg ~; bagaimanapun ~nya satu-satu rancangan, tidak akan berjaya jika tidak diturut kehendak rancangan itu dgn ikhlasnya; bercantik-cantik menghias muka supaya cantik, bersolek; mencantikkan menjadikan cantik; mempercantik menjadikan makin cantik; kecantikan perihal cantik, keelokan (rupa muka, benda, dll), kemolekan, keindahan; pencantik yg menjadikan (kelihatan) can­tik, yg mencantikkan: cairan ~ yg luar biasa ini tersedia di toko-toko farmasi dan gerai-gerai solek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cantik I

Puisi
 

Hujan rintik cahaya redup,
     Batang kelici dalam perahu;
Cantik-cantik pun kain dicelup,
     Sudah cuci baru tahu.


Lihat selanjutnya...(78)
Peribahasa

Seperti si buta berbini cantik,
     si kudung beroleh cincin,
si bisu bercakap dan si tuli mendengar.

Bermaksud :

Beroleh keuntungan tetapi tidak dapat merasainya.

 

Lihat selanjutnya...(25)

360

To each his own

Setiap orang berbeza kesukaannya.

Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati.

Many people go for pretty singers, but if you ask my opinion, I'd prefer an ugly singer to preety one -> to each his own !

Kebanyakkan orang menyukai penyanyi yang cantik, tetapi jika anda bertanyakan pendapat saya, saya lebih suka penyanyi yang hodoh, bukannya yang cantik. Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
sempoi[sem.poj]kata adjektifistimewa atau cantikPineng maen sempoi semalam, menang lima kosong.[pi.neN mAen sem.poj s«.mA.lAm m«.nAN li.mA ko.soN]Pulau Pinang main cantik semalam, menang lima kosong.
   2. berkenaan dengan tulisan yang tidak cantikBudak-budak ni tuleh herot-petot, payah sunggoh nak baca.[bu.dA.bu.dA ni tu.leh hE.ҍt.pE.tt pA.jAh suN.goh nA bA.tSA]Budak-budak ini tulis tidak cantik, payah sungguh hendak membacanya.
hat[hAt]kata tugasyang.Ikot mata hang hat mana lawa?[i.kot mA.tA hAN hAt mA.nA lA.wA]Pada pandangan awak yang mana cantik?
gabai[gA.bAj]kata adjektifberkenaan dengan sesuatu yang besar.Tak cantek baju tu hang pakai, nampak gabai.[tA tSAn.tE bA.dZu tu hAN pA.kAj nAm.pA gA.bAj]Tidak cantik baju itu awak pakai, nampak besar.
karan[kA.ÒAn]kata adjektifberkenaan dengan seseorang atau sesuatu yang menarik minat yang lain.Ratu cantek tu memang karan, patot pon menang.[ÒA.tu tSAn.te/ tu mE.mAN kA.ÒAn pA.tot pon di.jA m«.nAN]Ratu cantik itu memang menarik, patut pun menang.

Kembali ke atas