| | | 3. mengada-adakan cerita | Dia periat kat kami yang dia nak kawen dengan kerabat raja. | [di.jA p«.Òi.jAt kAt kA.mi jAN di.jA nA/ kA.wen d«.NAn k«.ÒA.bAt ÒA.dZA] | Dia mengada-adakan cerita pada kami yang dia akan berkahwin dengan kerabat diraja. |
| | | 3. ketawa bersungguh-sungguh | Bila dia dengaq cerita tu, dia punya langgah sampai tekeluaq ayaq mata. | [bi.lA di.jA d«.NA)Ö tS«.Òi.tA tu di.jA pu.øA lAN.gAh sAm.pAj t«.k«.lu.wA))Ö A.jA)Ö mA.tA] | Apabila dia mendengar cerita itu, dia ketawa sehingga terkeluar air mata. |
| | | 3. marah bila mendengar sesuatu. | Bedegung sunggoh aku bila dengar dia buat-buat cerita. | [b«.d«.NuN suN.goh A.ku bi.lA d«.NA)Ö di.jA bu.wAt.bu.wAt tS«.Òi.tA] | Saya tersangat marah apabila mendengar dia mereka-reka cerita. |
| | | 2. menokok tambah sesuatu cerita; pekunon | Pak dia tinggai reta besaq cet, dia pekunu kata dapat berelong-relong tanah. | [pA/ di.jA tiN.gAj Ò«.tA b«.sA)Ö tSe/ di.jA p«.ku.nu kA.tA dA.pAt b«.Ò«.loN.Ò«.loN tA.nAh] | Bapaknya meninggalkan harta sikit sahaja, dia menokok nambah cerita yang dia mendapat berelong-relong tanah. |
| | | 2. menokok tambah sesuatu cerita; pekunu | Pokok derian dia ada empat lima batang tapi dok pekunon dapat derian tiga puloh jaraih. | [p.k/ d«.Òi.jAn di.jA A.dA «m.pAt li.mA bA.tAN tA.pi d/ p«.ku.non dA.pAt d«.Òi.jAn ti.gA pu.loh dZA.ÒAC] | Pokok duriannya ada empat lima batang tapi menokok nambah cerita mengatakan yang dia mendapat durian tiga puluh jaras. |
sakan | [sA.kAn] | kata adjektif | melakukan sesuatu (seperti menangis, ketawa, makan dan sebagainya) berlebihan | Depa gelak sakan tengok cerita Pendekar Bujang Lapok. | [dE.pA g«.lA/ sA.kAn t«.No/ tS«.Òi.tA p«n.dE.kA)Ö bu.dZAN lA.po/] | Mereka ketawa berlebihan apabila menonton cerita Pendekar Bujang Lapok. |
merenjaih | [m«.Ò«n.dZAC] | kata kerja | menghentakkan kaki atau tangan atau kedua-duanya kerana marah | Dalam cerita Batu Belah Batu Betangkop, Pekan merenjaih nak teloq ikan temakoi. | [dA.lAm tS«.Òi.tA bA.tu b«.lAh bA.tu b«.tAN.kop p«.kAn m«.Ò«n.dZAC nA/ t«.lo)Ö i.kAn t«.mA.koj] | Dalam cerita Batu Belah Batu Bertangkup, Pekan menghentakkan kaki dan tangan kerana hendak telur ikan temakul. |
gelong | [gE.lN] | kata adjektif | berkenaan dengan seseorang yang bercakap dan berkelakuan tidak rasional. | Dia buat cerita kata reta dia buleh mot dua puloh orang, gelong betoi dia. | [di.jA bu.wAt tS«.Òi.tA kA.tA ÒE.tA di.jA bu.leh mot du.wA pu.loh o.ÒAN gE.lN b«.toj di.jA] | Dia mengada-adakan cerita konon keretanya boleh muat dua puloh orang, gelong sungguh dia. |
beluam | [b«.lu.wAm] | kata kerja | mengambil semua. | Jangan cerita kat dia pasai duet, sat ni dia beluam. | [dZA.NAn tS«.Òi.tA kAt di.jA pA.sAj du.wet sAt ni di.jA b«.lu.wAm] | Jangan bercerita kepadanya tentang wang, nanti diambil semuanya. |
rabong | [ÒA.boN] | kata adjektif | berkenaan dengan seseorang yang rajin bercakap | Aku tak larat nak dengaq dia punya cerita, pasai dia rabong sungguh. | [A.ku tA lA.ÒAt nA d«.NA)Ö di.jA pu.øA tS«.Òi.tA pA.sAj di.jA ÒA.boN suN.goh] | Saya tidak tahan hendak mendengar ceritanya, sebab dia rajin bercakap. |