[cu.bit] | چوبيت
Definisi : ; siapa kena ~, dialah yg berasa sakit prb siapa yg berbuat salah, dialah yg menanggung kesusahannya; secubit sebanyak yg dapat disepit dgn ibu jari dan jari telunjuk atau jari lain, sedikit sahaja, sekelumit; mencubit 1. menyepit dgn ibu jari dan jari telunjuk atau jari lain, menggetil: ia terkejut apabila pahanya dicubit; 2. ki mengambil sedikit (makanan dll): aku ~ kuih itu sedikit; mencubit-cubit mencubit berulang kali; cubit-mencubit saling mencubit; cubitan perbuatan mencubit, getilan: seorang syahid tidak berasa sentuhan maut melainkan hanya spt rasa ~ sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[cu.bit] | چوبيت
Definisi : ; mencubit 1 menyepit dgn ibu jari dan jari telunjuk atau jari lain; menggetil: Dia ~ paha anaknya yg nakal itu. 2 ki mengambil (makanan dll) sedikit. cubitan hal atau hasil perbuatan mencubit; getilan; ketilan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)