| | | 2. berkenaan dengan wajah yang masam. | Lepaih kena jerekah dengan bos, dan-dan tu muka dia keromot. | [l«.pAC k«.nA dZ«.Ò«.kAh d«.NAn bos dAn.dAn tu mu.kA di.jA k«.Òo.mot] | Selepas dimarahi oleh ketuanya, wajahnya serta-merta masam. |
| | | 2. menerpa pergi | Bila dapat tau adek dia beretoh reta, dandan tu dia langgah. | [bi.lA dA.pAt tAw A.de/ di.jA b«.Ò«.toh ÒE.tA dAn.dAn tu di.jA lAN.gAh] | Bila mendapat tahu adiknya berlanggar kereta serta-merta dia menerpa pergi. |
seroi | [s«.Òoj] | kata adjektif | berkenaan dengan sesuatu yang halus dan kering | Sagon besanya seroi, maneh dan lemak. | [sA.gon bE.sA.øA s«.Òoj mA.neh dAn l«.mA] | Sagun biasanya halus dan kering, manis dan lemak. |
tepung torak | [t«.poN to.ÒA] | | sejenis kuih yang dibungkus dengan daun pisang dan diikat kedua hujung, dibuat daripada tepung beras, santan dan gula dan dikukus | | | |
kue bakaq | [kue bA.kA)Ö] | | sejenis kuih kering daripada tepung ubi, tepung gandum, santan, telur, dan gula dan dibakar, kuih bangkit. | | | |
kentoi | [kEn.tj] | kata adjektif | berkenaan dengan ekor kucing dan anjing yang pendek dan berlingkar. | Kalu kucin aku beranak asyek dapat yang kentoi. | [kA.lu ku.tSin A.ku b«.ÒA.nA/ A.Se/ dA.pAt jAN kEn.tj] | Kalau kucing saya beranak asyik dapat yang ekor pendek. |
celapak | [tS«.lA.pA/] | kata adjektif | berkenaan dengan seseorang berlari dan menerkam seseorang atau sesuatu (seperti kereta, bas, motosikal dan lain-lain dengan cepat dan pantas | Baih pengabeh dah nak jalan hang pi celapak cepat. | [bAC p«NA.beh dAh nA/ dZA.lAn hAN pi tS«.lA.pA/ tS«.pAt] | Bas terakhir sudah hendak bertolah, baik kamu celapak cepat. |
beka | [bE.kA] | kata nama | kuih daripada tepung beras dan santan, manakala intinya daripada adunan tepung beras dan gula. Adunan ini dibungkus dengan daun pisang seperti lepat dan dibakar. | | | |
buah seralat | [bu.wAh s«.ÒA.lAt] | | sejenis. buah sebesar bola tenis, ketika masak berwarna merah jambu, kulitnya berbulu halus dan rasanya manis dan payau. | | | |
merelap | [m«.Ò«.lAp] | kata adjektif | berkilat dan bersinar (berkenaan logam, lantai, perkakas rumah dan lain-lain) | Hotel besaq tu lantai dia merelap. | [ho.tel b«.sA)Ö tu lAn.tAj di.jA m«.Ò«.lAp] | Hotel besar itu lantainya berkilat dan bersinar. |