Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ri] | دري

Definisi : 1. sendi kata yg menerangkan atau me­nyatakan tempat mula bergerak (bertolak, muncul, jatuh, dll): saya berlepas ~ Ipoh pagi tadi; ~ mana hendak ke mana?; dia terjun ~ tingkat lima bangunan itu; berbilang ~ esa; 2. sendi kata yg menerangkan atau menya­takan permulaan sesuatu jangka waktu: ~ sekarang kita tidak boleh main-main lagi; ~ kecil lagi; ~ sehari ke sehari; ~ dahulu hingga sekarang; 3. sendi kata yg menya­takan (menunjukkan) titik permulaan sesuatu jarak yg diukur: kampung itu terletak kira-kira dua puluh kilometer ~ bandar; 4. sendi kata yg menerangkan (menyatakan) titik atau pusat tumpuan permulaan sesuatu kegiatan (pergerakan dll): pasukan itu melancarkan serangan ~ kawasan pergunungan; usaha membina pengetahuan tentang bahasa perlu dimulakan ~ peringkat sekolah rendah lagi; 5. sendi nama yg menyatakan (menunjukkan) tempat asal seseorang (sesuatu barang dll): dia berasal ~ Medan; surat ~ London; dia mengangkat air ~ perigi ke dapur; sedari sejak dari, bermula dari: hidupnya miskin dan melarat ~ kecil lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ri] | دري

Definisi : 1 kata sendi nama yg menerangkan tempat bermulanya sesuatu (bergerak, bertolak, berasal dll): Saya berjalan kaki ~ Juaseh ke Kuala Pilah. Pukul berapa awak bertolak ~ rumah? Saya berasal ~ negeri Perak. 2 kata sendi nama yg menerangkan permulaan sesuatu jangka waktu; sejak: Dia pergi ~ pagi hingga ke malam. Mereka belajar ~ pukul lapan hingga pukul sepuluh. sedari mula (sejak) dr; semenjak: ~ kecil lagi, dia sudah belajar berniaga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dari

Puisi
 

Dari mana punai melayang,
     Dari sawah ke batang padi;
Dari mana mula sayang,
     Dari mata sampai ke hati.


Lihat selanjutnya...(456)
Peribahasa

Dari telaga yang keruh,
     tak akan mengalir air yang jernih.

Bermaksud :

Daripada tabiat yang jahat tak akan lahir budi bahasa yang baik.

 

Lihat selanjutnya...(44)

Lihat selanjutnya...(1)

Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   2. termenungDari tadi dia dok melangut depan tingkap.[dA.Òi tA.di di.jA do/ m«.lA.Nut d«.pAn tiN.kAp]Dari tadi dia duduk termenung di hadapan tingkap.
la[lA]kata tugassekarang.La! Dari tadi hampa dok buat baru banyak ni siap.[lA dA.Òi tA.di hAm.pA do/ bu.wAt bA.Òu bA.øA/ ni si.jAp]La! Dari tadi kamu semua buat baru banyak ini yang siap.
dongga[doN.gA]kata adjektifberkenaan dengan dahi luas, sulah.Hashim tu dongga dari anak kecik-kecik lagi.[hA.Sim tu doN.gA dA.Òi k«.tSi/.k«.tSi/ lA.gi]Hashim itu dongga sejak dari kecil lagi.
jemuan[dZ«.mu.wAn]kata adjektiftersangat nakal.Dia dari kecik sampai besaq perangai dok jemuan lagu tu la.[di.jA dA.Òi k«.tSi/ sAm.pAj b«.sA)Ö p«.ÒA.NAj do/ dZ«.mu.wAnlA.gu tu lA]Sejak dari kecil sampai besar perangainya tersangat nakal.
pelekoh[p«.l«.koh]kata kerjamenangkap seseorang dari bahagian belakang badanKawaq pelekoh budak pompuan tu pasai nak ragut rantai. Sebutan Dialek[kA.wA)Ö p«.l«.koh bu.dA pom.pu.wAn tu pA.sAj nA ÒA.gut ÒAn.tAj]Pencuri menangkap budak perempuan itu dari bahagian belakang sebab hendak meragut rantai.
geremit[g«.Ò«.mit]kata namapengasah pensel.Senang lagi asah pensel pakai geremit dari pakai pisau.[s«.nAN lA.gi A.sAh pen.sel pA.kAj g«.Ò«.mit dA.Òi pA.kAj pi.sAw]Mudah lagi mengasah pensel guna pengasah pensel dari guna pisau.
belopiang[b«.l.pi.jAN]kata adjektif1. kotor yang banyak; selopiang.Budak-budak nampak belopiang lepaih balek dari sekolah.[bu.dA.bu.dA nAm.pA b«.l.pi.jAN l«.pAC bA.le dA.Òi s«.k.lAh]Budak-budak nampak kotor selepas balik dari sekolah.
kelitin[k«.li.tin]kata kerjaberlegar-legar dalam sesuatu kawasan dengan mempunyai maksud tertentu.Nampak dari tadi lagi dia dok kelitin depan rumah anak combi.[nAm.pA/ dA.Òi tA.di lA.gi di.jA do/ k«.li.tin d«.pAn Òu.mAh A.nA/ tSom.bi]Nampak dari tadi lagi dia semua berlegar-legar depan rumah anak mami.
mengunyap[m«.Nu.øAp]kata kerjamengunyah sesuatu di dalam mulut yang tertutup (seperti mengunyah gula-gula getah)Apa menatang yang budak ni dok mengunyap dari tadi?[A.pA m«.nA.tAN jAN bu.dA/ ni do/ m«.Nu.øAp dA.Òi tA.di]Apa benda yang budak ini kunyah dari tadi?
gesak[gE.sA]kata kerjaberanjak sedikit dari tempat asal.Hang gesak sana sikit, aku nak dok.[hAN gE.sA sA.nA si.kit A.ku nA do]Awak beranjak sana sikit, saya hendak duduk.
123

Kembali ke atas