Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.tang] | داتڠ

Definisi : 1 sampai (tiba) di sesuatu tempat: Ia ~ ke rumah saya pd pukul empat petang. 2 berasal (dr): Dia ~ dr Sabah. 3 akan tiba; kemudian: Emaknya hendak pergi ke Mekah pd tahun yg akan ~. 4 bergerak menghampiri (menemui) seseorang atau sesuatu tempat: Setibanya di situ, dia terus ~ ke tempat kami. 5 muncul; timbul: Setelah lama berfikir, ~ satu ilham di kepalanya. 6 diwahyukan (diturunkan): Syariat Allah yg ~ sebelum Islam, diturunkan utk kaum, masa dan keadaan tertentu. ~ akal mendapat akal atau ilham. ~ bulan (haid) turun atau keluar darah haid (bagi perempuan). ~ hati sampai hati; tergamak. datang-datang 1 setibanya; apabila datang: ~ ke rumah, dia bersungut. 2 kerap (sering) datang: Apabila ada masa lapang, ~lah ke rumah saya. berdatang; ~ sembah berkata-kata dgn raja (orang besar-besar) dgn bahasa halus: Aji Saka ~ sembah, mengingatkan baginda akan janjinya hendak menganugerahi dia sekeping tanah. mendatang 1 timbul (datang) dgn tiba-tiba: Pd msa itu, satu fikiran yg baik ~. 2 datang dr tempat lain: kaum yg ~. mendatangi 1 menziarahi: Sejak ia pulang dr Mekah, banyak sungguh orang yg ~ rumahnya. 2 datang utk memeriksa (menyerang, menangkap dsb): Petang semalam, polis telah ~ rumahnya. 3 menimpa (bkn bala, sakit dll); terkena: Ayahnya didatangi penyakit jantung. mendatangkan 1 membawa dr tempat lain: Institut itu akan ~ beberapa orang pensyarah dr Jerman. 2 mengakibatkan; menyebabkan: Kumanlah sebab utama yg ~ penyakit. 3 menghasilkan: Perusahaan memungut telur penyu sentiasa ~ keuntungan. kedatangan 1 perihal datang; ketibaan: ~ Menteri Besar ke kampung itu telah disambut dgn meriah. 2 ditimpa (kemalangan, sakit dll); diserang; didatangi. pendatang orang yg mendatang (tidak asli): ~ haram (tanpa izin) orang asing yg memasuki sesebuah negara tanpa kebenaran drpd (pihak) kerajaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata datang

Puisi
 

Bukan kacang sebarang kacang,
     Kacang melilit di ranting kayu;
Bukan datang sebarang datang,
     Datang menyambut pengantin baru.


Lihat selanjutnya...(276)
Peribahasa

Datang tak berjemput,
     pulang tak berhantar.

Bermaksud :

Tetamu yang tidak penting.

 

Lihat selanjutnya...(54)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
mai[mAj]kata kerjamari, datangMai singgah dulu, tok sah balek lagi.[mAj siN.gAh du.lu to/ sAh bA.le/ lA.gi]Mari singgah dulu, jangan balik lagi.
jengoi[dZ«.Noj]kata kerjadatang atau muncul secara tiba-tiba.Tengah kami dok tebaih lalang, jengoi ulaq tedong sendok.[t«.NAh kA.mi do/ t«.bAC lA.lAN dZ«.Noj u.lA)Ö t«.doN s«n.do/]Sedang kami menetebas lalang, tiba-tiba muncul ular tedung senduk.
lari merasak[lA.Òi m«.ÒA.sA/] berlari pantas.Budak hat dok mencuri tu lari merasak bila nampak tuan rumah datang.[bu.dA/ hAt do/ m«n.tSu.Òi tu lA.Òi m«.ÒA.sA/ bi.lA nAm.pA/ tu.wAn Òu.mAh dA.tAN]Budak yang sedang mencuri itu berlari pantas apabila nampak tuan rumah datang.
sat gi[sAt gi] sebentar lagiTunggu dulu, sat gi dia mai.[tuN.gu du.lu sAt gi di.jA mAj]Tunggu dulu, sebentar lagi dia datang.
sat ni[sAt ni] nantiHang tunggu sini, sat ni aku mai.[hAN tuN.gu si.ni sAt ni A.ku mAj]Awak tunggu sini, sebentar lagi saya datang.
mengkalu[m«N.kA.lu]kata tugasjikalauMengkalu aku tak mai, hang pi dulu.[m«N.kA.lu A.ku tA/ mAj haN pi du.lu]Jikalau saya tidak datang, awak pergi dulu.
reban[Ò«.bAn]kata kerjaruntuhPondok hang tu kalu mai agin mesti reban.[pon.do hAN tu kA.lu mAj A.gin m«s.ti Ò«.bAn]Pondok awak itu kalau datang angin mesti runtuh.
jejai[dZ«.dZAj]kata kerjamenyuruh seseorang makan pada masa dan ketika itu juga.Jejai cepat, baih dah nak mai.[dZ«.dZAj tS«.pAt bAC dA/ nA/ mAj]Makan cepat, bas sudah hendak datang.
awat[A.wAt]kata tugasmengapa.Awat cek tak habaq kata cek nak mai?[A.wAt tSE tA/ hA.bA)Ö kA.tA tSE nA mAj]Mengapa awak tidak beritahu yang awak hendak datang?
rekau[Ò«.kAw]kata kerjaberikhtiar untuk mendapatkan sesuatu; kerekauMai dah tengah malam, mana orang nak rekau cari laok.[mAj dAh t«.NAh mA.lAm mA.nA .ÒAN nA/ Ò«.kAw tSA.Òi lAo/]Datang waktu tengah malam, bagaimana saya hendak berikhtiar untuk mencari lauk.
123

Kembali ke atas