Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.gil] | دݢيل

Definisi : (bersifat) tidak mahu atau tidak mudah menurut kata atau menerima nasihat, keras hati, tegar, keras kepala, kepala batu: budak itu memang degil, makin dilarang makin lagi dibuatnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.gil] | دݢيل

Definisi : tidak mahu menurut kata atau tidak mahu menerima nasihat; keras kepala: Budak itu ~ betul, apa kata ibunya sedikit pun tak diendahkannya. berdegil enggan menurut perintah, nasihat, tegahan dll: Jangan ~ lagi, lekas buat apa yg disuruh oleh guru itu. kedegilan keadaan atau sifat degil; ketegaran: Oleh sebab ~nyalah, maka dia tidak dipedulikan oleh gurunya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata degil

Peribahasa

Bangsar balur liat.

Bermaksud :

Orang yang degil. balur = kulit keras.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
beban[bE.bAn]kata adjektifberkenaan dengan seseorang yang degil dan tidak mendengar nasihat.Dia beban sunggoh, bebuih mulot-mulot aku suroh balek awai.[di.jA bE.bAn suN.goh b«.buC mu.lot.mulot A.ku su.Òoh bA.le/ A.wAj]Dia beban sangat, berulang kali saya memberi nasihat suruh balik awal.

Kembali ke atas