pegu | [p«.gu] | kata kerja | menjodohkan seseorang lelaki dengan perempuan | Mak Teh nak pegu anak penakan dia dengan anak dara tok imam. | [mA teh nA p«.gu A.nA p«.nA.kAn di.jA d«.NAn A.nA dA.ÒA to i.mAm] | Mak Teh hendak menjodohkan anak saudaranya dengan anak dara tok imam. |
kembang | [k«m.bAN] | kata adjektif | rasa jijik kerana melihat sesuatu seperti lantai atau tanah yang lembab, berair, berdaki, berlumut dan lain-lain. | Kembang nak makan di kedai tu bila tengok dapoq dia. | [k«m.bAN nA/ mA.kAn di k«.dAj tu bi.lA tE.N/ dA.po)Ö di.jA] | Jijik nak makan di kedai itu apabila melihat dapurnya. |
menatang | [m«.nA.tAN] | kata nama | benda | Menatang apa yang hampa makan tadi? | [m«.nA.tAN A.pA jAN hAm.pA mA.kAn tA.di] | Apa benda yang kamu semua makan tadi? |
| | | 2. menggunakan khidmat atau tenaga seseorang berlebih-lebihan. | Dia latu tukang masak dia tak padan dengan gaji. | [di.jA lA.tu tu.kAN mA.sA/ di.jA tA/ pA.dAn d«.NAn gA.dZi] | Dia menggunakan tenaga orang gajinya tidak sepadan dengan gaji. |
laok rendang | [lAo/ Ò«n.dAN] | | ikan goreng. | Dia makan tak susah, ada laok rendang dengan sambai belacan cukop la. | [di.jA mA.kAn tA/ su.sAh A.dA lAo/ Ò«n.dAN d«.NAn sAm.bAj b«.lA.tSAn tSu.kop lA] | Dia tidak cerewet makan, ada ikan goreng dan sambal belacan cukuplah. |
serungaih | [s«.Òu.NAC] | kata adjektif | berkenaan dengan seseorang atau sesuatu yang tidak kemas | Rumah dia serungaih lepaih tukang masak dia lari. | [Òu.mAh di.jA s«.Òu.NAC l«.pAC tu.kAN mA.sA di.jA lA.Òi] | Rumahnya tidak kemas selepas pembantu rumahnya melarikan diri. |
jerelon | [dZ«.Ò«.lon] | kata adjektif | berkenaan dengan seseorang yang tidak terdedah kepada sesuatu yang baru seperti fesyen, makanan, percakapan dan lain-lain; daoh. | Hang ni pelek la, dah lama dok di pekan hang dok ikot perangai jerelon lagi. | [hAN ni p«.lE/ lA dAh lA.mA do/ di p«.kAn hAN do/ i.kot p«.ÒA.NAj dZ«.Ò«.lon lA.gi] | Awak ini peliklah, sudah lama tinggal di bandar masih mengikut perangai jerelon lagi. |
bengkak cantek | [b«N.kA tSAn.te/] | | bengkak di pangkal rahang, beguk; bengkak berok. | Orang kata kalu jadi bengkak cantek, makan ayaq badak. | [o.ÒAN kA.tA kA.lu dZA.di b«N.kA tSAn.te mA.kAn A.jA)Ö bA.dA] | Orang kata kalau terjadi beguk, minum air cap badak. |
menyagau | [m«.øA.gAw] | kata kerja | menangkap ikan dengan menggunakan tangan di telaga, parit atau sungai | Dia memang pandai menyagau, orang menjala pon tak dapat ikan banyak tu. | [di.jA mE.mAN pAn.dAj m«.øA.gAw .ÒAN m«n.dZA.lA pon tA/ dA.pAt i.kAn bA.øA/ tu] | Dia memang pandai menggagau, orang menjala pun tidak mendapat ikan sebanyak itu. |
kumboi | [kum.boj] | kata nama | ketulan berwarna putih di dalam kelapa yang sedang bercambah. | Kata orang tua-tua kalu budak-budak makan kumboi sat ni jadi bodo. | [kA.tA .ÒAN tu.wA.tu.wA kA.lu bu.dA/.bu.dA/ mA.kAn kum.boj sAt ni dZA.di bo.d] | Kata orang tua-kalau budak-budak makan ketulan di dalam kelapa nanti jadi bodoh. |