Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Kacang legor dari sini,
     Kayu ruak dari seberang;
Nak tegur tak berani,
     Takut tak jawab dia orang.


Lihat selanjutnya...(76)
Peribahasa

Apabila orang miskin menghendaki wang,
     dia mendapat anak;
apabila orang kaya menghendaki anak,
     dia mendapat wang.

Bermaksud :

Hasil yang berlawanan dengan keinginan; lain yang dihajati lain yang diperoleh.

 

Lihat selanjutnya...(18)

12

A bad workman always blames his tools

Orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula.

Tak pandai menganyam, pandan disalahkan.

She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad workman always blames his tools.

Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah tak pandai menganyam, pandan disalahkan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(19)

Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
daih[dAC]kata kerjamenjatuhkan seseorang dengan menggunakan kaki, membentes.Lece maen bola dengan dia, dia kira daih orang.[lE.tSE mAen b.lA d«.NAn di.jA di.jA ki.ÒA dAC o.ÒAN]Lece main bola dengan dia, dia asyik membentes orang.
   2. berbohong.Dia gebang kat pompuan tu, dia anak orang kaya.[di.jA gE.bAN kAt pom.pu.wAn tu di.jA A.nA o.ÒAN kA.jA]Dia berbohong pada perempuan tu, dia anak orang kaya.
orang pompuan[o.ÒAN pom.pu.wAn] isteriOrang pompuan dia tak reja.[o.ÒAN pom.pu.wAn di.jA tA Ò«.dZA]Isterinya tidak bekerja.
kelaku[k«.lA.ku]kata adjektifberkenaan dengan seseorang yang menunjukkan perangai yang tidak manis atau tidak elok.Bila orang mai dia pon mola tunjok kelaku.[bi.lA .ÒAN mAj di.jA pon m.lA tun.dZo/ k«.lA.ku]Bila orang datang dia pun mula tunjuk perangai.
bebedak[b«.bE.dA]kata kerjamengagih-agihkan sesuatu yang banyak (seperti benda, pekerjaan) kepada sekumpulan orang supaya setiap orang mendapat bahagian masing-masing; bedak.Sebelom dia mati lagi dia dah bebedak reta kat anak-anak dia.[s«.b«.lom di.jA mA.ti lA.gi di.jA dAh b«.bE.dA Ò«.tA kAt A.nA.A.nA di.jA]Sebelum dia meninggal dunia dia sudah membahagi-bahagikan harta kepada anak-anaknya.
dogeang[d.gE.jAN]kata adjektif1. berkenaan dengan seseorang yang tidak lengkap perhiasannyaPasai tak pakai barang, pi kenduri orang kata dia dogeang.[pA.sAj tA pA.kAj bA.ÒAN pi ÒE.nu.Òi o.ÒAN kA.tA di.jA d.gE.jAN]Sebab tidak memakai barang kemas semasa kenduri orang kata dia dogeang.
sang kelibut[sAN k«.li.but] gopoh-gapahOrang sang kelibut reja dia selalunya tak puaih ati.[o.ÒAN sAN k«.li.but Ò«.dZA di.jA s«.lA.lu.øA tA pu.AC A.ti]Orang gopoh-gapah kerjanya selalu tidak memuaskan hati.
terejai[t«.Ò«.dZAj]kata kerjamengeluarkan kata-kata yang kesat; terajaiDia kata terejai kat orang tapi tak mengaku.[di.jA kA.tA t«.Ò«.dZAj kAt .ÒAN tA.pi tA/ m«.NA.ku]Dia mengeluarkan kata-kata yang kesat pada orang tapi tidak mengaku.
acan-acan maen[A.tSAn.A.tSAn mAen] 1. mempermain-mainkan arahan atau nasihat orang lain; tegege-gege.Orang dok bagi nasihat dia buat acan-acan maen pulak.[.ÒAN do/ bA.gi nA.si.hAt di.jA bu.wAt A.tSAn.A.tSAn mAen pu.lA/]Saya memberinya nasihat, dia mempermain-mainkan pula.
ngungam-ngungam[Nu.NAm.Nu.NAm]kata adjektifberkenaan dengan bunyi bising daripada percakapanMasa dia dok berucap orang kat belakang dewan dok ngungam- ngungam.[mA.sA di.jA do b«.Òu.tSAp o.ÒAN kAt b«.lA.kAN dE.wAn do Nu.NAm.Nu.NAm]Semasa dia sedang berucap orang di belakang dewan bising.
1234

Kembali ke atas