mumbang | [mum.bAN] | kata nama | tempurung kelapa yang masih lembut dan boleh dimakan | Bini Mat tu mengidam nak makan mumbang. Mana nak pi cari? | [bi.ni mAt tu m«.Ni.dAm nA/ mA.kAn mum.bAN mA.nA nA/ pi tSA.Òi] | Isteri Mat itu mengidam hendak makan tempurung kelapa yang masih lembut. Di mana boleh dapat? |
kemarok | [k«.mA.Òo/] | kata nama | sisa lauk kenduri yang masih boleh dimakan; kebarok. | Habeh kenuri depa bawak balek kemarok. | [hA.beh k«.nu.Òi dE.pA bA.wA/ bA.le/ k«.mA.Òo/] | Habis kenduri mereka semua bawa balik kemarok. |
kebarok | [k«.bA.Òo/] | kata nama | sisa lauk kenduri yang masih boleh dimakan; kemarok. | Lepaih kenuri sapa-sapa hat tinggai buleh makan kebarok dengan roti bengali. | [l«.pAC k«.nu.Òi sA.pA.sA.pA hAt tiN.gAj bu.leh mA.kAn k«.bA.Òo/ d«.NAn Òo.ti b«.NA.li] | Lepas kenduri siapa-siapa yang tinggal boleh makan kebarok dengan roti bengali. |
garam belacan | [gA.ÒAm b«.lA.tSAn ] | | sambal daripada cili, garam, belacan, gula dan kicap. Biasanya dimakan bersama-sama buah-buahan seperti jambu, mempelam muda dan lain-lain. | | | |
lebuih | [l«.buC] | kata adjektif | berkenaan ubi, kacang dan lain-lain yang lembut dan lembik kerana terlalu lama dimasak. | Ubi tu dah lebuih tak sedap nak makan. | [u.bi tu dAh l«.buC tA/ s«.dAp nA/ mA.kAn] | Ubi itu sudah lembut dan lembik tidak sedap untuk dimakan. |
lasu | [lA.su] | kata adjektif | berkenaan dengan buah-buahan atau sayur-sayuran yang kelihatan tidak segar. | Buah moktan tu nampak lasu tapi buleh makan. | [bu.wAh mo/.tAn tu nAm.pA/ lA.su tA.pi bu.leh mA.kAn] | Buah rambutan itu kelihatan tidak segar tetapi masih boleh dimakan. |
rojoh | [Ò.dZh] | kata kerja | menjolok sesuatu supaya jatuh, keluar dan sebagainya | Pi rojoh buah betek hat ranum tu, kalu tak burong sentai kat dia. | [pi Ò.dZh bu.wAh b«.te hAt ÒA.num tu kA.lu tA bu.ÒoN s«n.tAj kAt di.jA] | Pergi jolok buah betik yang ranum itu, kalau tidak dimakan burung. |